Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Wednesday, 11 April 2012

Suara Susilo bergetar ketika umum gempa bumi


JAKARTA: Suara Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dilapor bergetar ketika mengumumkan secara rasmi mengenai gempa bumi yang melanda pantai barat Sumatera, semalam.
Susilo membuat pengumuman itu selepas menyambut ketibaan Perdana Menteri Britain, David Cameron di Jakarta. 
“Gempa bumi melanda wilayah Aceh dengan kekuatan 8.7 magnitud, kedalaman 10 kilometer dan 120 kilometer ke barat daya Aceh,” kata Susilo dengan suara bergetar di Istana Merdeka, kira-kira sejam selepas gempa berlaku.

Sehubungan itu, beliau mengarah Ketua Pengurusan Bencana, Andi Arief untuk segera ke lokasi gempa.
Menurut Susilo, penduduk kawasan terbabit cemas. 

“Penduduk cemas tetapi sebahagian besar mereka sudah berlepas menuju ke kawasan tinggi. Kawasan pantai dipantau dengan baik. Setakat ini belum ada ancaman tsunami tetapi perlu terus diawasi. Buat masa ini, belum ada laporan mengenai kematian atau kerosakan diterima,” kata Susilo. - ROL


Hanya tsunami kecil


JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga tsunami setinggi 80 sentimeter melanda pantai Indonesia berikutan gempa berukuran 8.7 magnitud berlaku di luar pantai Pulau Sumatera, semalam.
“Kami hanya mencatatkan tsunami kecil,” kata Said Kristiawan dari Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.

Menurutnya, catatan tertinggi ialah di Meulaboh, barat Aceh yang setinggi 80 sentimeter.

Semua catatan itu dilakukan pada jam 6.04 (waktu Malaysia), tidak lama selepas gempa berlaku.

Sementara itu, tsunami yang melanda pantai Thailand juga kecil.

Menteri Penerangan dan Komunikasi, Anudith Nakornthap memberitahu sidang akhbar, ombak setinggi 10 sentimeter dicatatjkan di kawasan terpencil, Koh Miang, satu daripada kepulauan Similan di Laut Andaman.

Kawasan tumpuan pelancong itu terjejas teruk akibat tsunami pada 2004. - AP

berita dari : http://www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment