Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Saturday, 17 March 2012

Kisah Seram, UITM Shah Alam


gambar dari : akraminhariri.blogspot.com


OK!! perjalanan 'Journey Anak Watan' kali ini ingin berkongsi pengalaman penulis semasa dia menetap/tinggal di Kolej Kediaman Perindu, UITM Shah Alam. Sebenarnya ramai orang pernah merasai pengalaman terserempak/terlihat makhluk Allah yang ghaib nih dan ada juga sesetengah dari masyarakat yang masih belum terserempak dan juga kurang mempercayai kewujudan 'mereka'. Sebenarnya mereka juga menjalani kehidupan seharian yang serupa dengan kita cuma bezanya kita tak dapat melihat mereka. Ok cukuplah pengenalan untuk tajuk nih. 

korang penah baca kan tentang cerita seram di Perindu???
kalau diikutkan makhluk nih berada di merata-rata tempat, dan kemunculan yang tak terduga tuh adalah dengan izin Allah,..................

Sebenarnya, kejadian nih berlaku agak kerap sepanjang aku duduk di sana (Perindu), mungkin gurauan ini dianggap 'biasa-biasa' bagi anda semua, tapi sama-samalah kita berkongsi cerita untuk kita sentiasa beringat dan berjaga-jaga ye... :)

Ok, KISAH PERTAMA... (jeng... jeng... jeng.... ) hehe

1) kisah bermula pada malam dalam jam 2 atau 3 pagi macam tuh... masa nih aku dan dua rakan aku sahaja yang masih berjaga di dalam bilik. Aku masatuh tengah siapkan assignment (last minit) haha dan lagi dua rakan aku tengah bermain game pada masa tuh... So nak dijadikan cerita, meja study kami budak Perindu mengadap tingkap dan pada masa tuh memang menjadi kebiasaan kami semua untuk buka tingkap untuk ambil angin luarlah katakan... huhu... Disebabkan keletihan aku bersandar untuk merehatkan badan yang sememangnya sudah letih nih sambil-sambil melihat keindahan pemandangan luar diwaktu malam... dalam aku terpandang-pandang pokok sebelah luar tingkap... TIBA-TIBA !!!! aku terdengar bunyi seakan-akan dahan pokok yang direntap oleh 'something' yang agak kuat sambil dengar bunyi-bunyi daun yang sedang luruh (bunyi tuh agak kuat tapi malangnya dua lagi rakan aku tak mendengar kerana ashik bermain game) ... pada masa tuh mata aku 'melilau' mencari sumber datangnya bunyi tuh dan dalam hati aku tertanya-tanya benda apa yang menarik dahan pokok tersebut... dalam beberapa saat selepas tuh... TIBA-TIBA !!! satu lembaga hitam (besar sedikit dari saiz orang dewasa) seakan merentap dahan-dahan pokok untuk naik keatas... pada masa tu hanya Allah saja yang tahu betapa berdegup kencangnya jantung aku!!! Ya Allah, aku agak panik masa tuh kerana jarak aku dengan makhluk tuh hanya beberapa kaki sahaja dan penghalang yang ada hanya dinding dan pada waktu tuh tingkap sedang terbuka luas... Disebabkan pokok tuh berdekatan so... cahaya lampu dari bilik dapat menyuluh/menerangi tempat lembaga tersebut berada...dalam beberapa saat selepas tuh lembaga tersebut hilang di balik daun-pokok yang merendang. Aku pon bingkas bangun dan segera menyuruh kawan-kawan aku menutup semua tingkap. Untuk menyedapkan hati nih..aku beritahu ada monyet kat luar dan takut monyet tuh masuk ke dalam bilik... kawan-kawan aku agak 'blur' melihat aku bercerita tentang hal yang berlaku tuh.. tapi aku nak tanya pada anda semua... ada tak monyet di kawasan UITM Shah Alam sebesar orang dewasa bahkan lebih dua kali ganda saiz dewasa???? kalau ada mungkin monyet itulah yang memanjat pokok besar berdekatan Perindu 2 tuh...hahaha...

Setakat ini sahajalah kisah pertama yang berlaku pada aku, nantikan kisah yang berikutnya pada post yang akan datang (sebenarnya aku baru lepas latihan band, disebabkan aku dah keletihan aku akan sambung kisah yang lebih seram yang berlaku kepada aku) 

KISAH MAKHLUK ALLAH NIH MARAH KAT AKU PON AKAN AKU CERIKAN DI POST YANG AKAN DATANG....

p/s : sentiasa dekatkan diri dengan Allah, solat 5 waktu jangan tinggal dan amalan zikir jangan dilupakan ye!!! :)

KISAH AKU DIHIMPIT JIN ,di UITM

2 comments:

  1. perghhh
    solat jangan tinggal.
    moga dijauhkan semua benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tadi kawan wan cita lagi dashat...ngeri siap kna sorok lgih huhu...
      hehe btul solat jgn tnggal

      Delete