Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Wednesday 28 November 2012

Wellness X 10 bersama Aman Palestin Malaysia



Untuk pengetahuan semua, pelajar part 3 SR223 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi akan mengadakan Acara Senam Robik yang dinamakan WELLNESS X 10 yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Pergolakan yang sedang berlaku pada saudara Islam di Palestin menyebabkan penganjur terpanggil untuk mengadakan kutipan amal untuk Palestin yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak Aman Palestin Berhad (Malaysia). Sehubungan dengan
Sunday 25 November 2012

Broga Hill with the BOSS

Baru lepas ke Broga dengan kawan-kawan kelas GAMBAR DI SINI, kali ni pergi pulak sekali lagi tapi dengan BOSS atau dengan nama panjangnya Band Of Spirit Shah Alam. Plan ke Broga sebenarnya dilakukan pada saat akhir, just selepas latihan pada malam Sabtu 25/11/2012. Semua berkumpul dan bergerak secara rasminya pada jam 4 lebih. Hope boleh pergi sekali lagi tapi dengan semua warga BOSS. Baru gempak! Di bawah merupakan antara gambar kenangan di sana. Selamat melihat.





Thursday 22 November 2012

Trip ke Bukit Broga

Trip ke Bukit Broga memang best! selain denai yang mencabar, memori sepanjang program ke Broga antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Thanks kepada kawan-kawan yang bersama mendaki, lain kali buat lagi. Kalau boleh lagi ramai lagi best yee. Di bawah merupakan antara gambar-gambar kenangan sepanjang berada di puncak. Selamat melihat :)



Tuesday 13 November 2012

WELLNESS X10 - 2012


Mari beramai-ramai datang ke UiTM SHAH ALAM pada 30 NOVEMBER 2012 jam 7.45pm - 11.00 pm untuk menyertai WELNESS X10 yang merupakan acara senamrobik terbesar UiTM. Acara ini berlangsung di Sport Centre UiTM Shah Alam. WELNESS X10 kali ini membawa tema " Stride for pride towards dynamism" yang menjanjikan pelbagai keseronokkan disamping membuka lebih luas dunia tarian kepada semua warga UiTM dan juga warga Malaysia. Acara ini yang diterajui oleh EN. RAHMAT BIN ADNAN salah seorang pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dibantu oleh gabungan pelajar beliau SR223S1/S2/S3 menjanjikan pengalaman yang menakjubkan kepada semua peserta yang menyertai acara ini. Masuk adalah PERCUMA dan kupon aktiviti akan diberikan kepada semua. Antara tarian yang terlibat ialah "KICKBOXING( Cardio kick), QI GONG, HIP HOP, ZUMBA, PILATES"

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!! INILAH MASANYA ANDA MENARI DAN MENCUBA AEROBIC DANCE. Kerana...
"YOU WILL NEVER DANCE ALONE"

Monday 12 November 2012

Brass Band UiTM (BAND OF SPIRIT SHAH ALAM-BOSS) di Perkat 2012



Pada 10HB NOVEMBER 2012 yang lepas (BAND OF SPIRIT SHAH ALAM-BOSS) telah dijemput untuk mengiringi dan membuat persembahan sempena PERKAD (pertandingan kawad kaki) 2012. Penulis turut bersama-sama menyertai persembahan tersebut. Persembahan agak gempak kerana buat julung kalinya penglibatan colour guard di dalam line. berikut merupakan jadual latihan dan senarai lagu untuk persembahan PERKAD 2012.


Walaupun hari kejadian hujan pada mulanya, namun hari tersebut diakhiri dengan persembahan yang mantap dari BOSS (BAND OF SPIRIT SHAH ALAM). Nantikan video persembahan pada post yang seterusnya. Journey Anak Watan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH diatas persembahan mantap dari BOSS!!!

gambar credit to : 1) http://uitm-boss.blogspot.com
                            2) FB (Najwa Diyana Sulaiman)