kredit kepada izzawa.wordpress.com untuk gambar
Ok, seperti sedia maklum, makhluk ini jarang sekali memunculkan dirinya (sesuka hati) untuk dipertontonkan kepada umat manusia..kecuali atas izin Allah... So "always bare in mind" supaya kita sentiasa berwaspada dan jangan sesekali tersimpang dari ajaran agama...
Ok untuk kisah kali ini aku ingin menceritakan mengenai " Di himpit Jin"...kejadian seumpa ini telah berlaku sebanyak 2 kali sepanjang aku tinggal di kolej Perindu...Tetapi sebenarnya aku dah alami kejadian ini berkali-kali sebelum ini tetapi untuk post kali ini aku nak cuba 'highlight' mengenai kejadian di UITM. Berbalik semula kepada kisah dihimpit jin di kolej nih... kedua-dua kejadian telah berlaku pada malam hari cuma waktu sahaja yang membezakan kedua kejaian ini...aku pasti setiap orang mungkin pernah mengalaminya kan???
KEJADIAN PERTAMA
Pada kejadian pertama, pada hari tuh aku rasa betul-betul letih mungkin disebab kan jadual kelas yang padat dan latihan lawn bowls yang dilakukan pada sebelah petang. So apa yang aku dengar dari pengalaman orang-orang terdahulu kita perlu membersihkan kawasan tidur sebagai isyarat bahawa kita hendak tidur dan tindakan kita ini akan menggerakkan/bangunkan mana-mana makhluk(jin) yang tumpang tidur di situ. Aku juga mendengar perkara yang sama dari ustaz supaya membaca bacaan tertentu termasuk doa sebelum tidur untuk memelihara kita dari sebarang anasir semasa tidur.
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
Aku ada mendengar syarahan diamana ada seorang ustaz nih berkata, "orang yang kena himpit semasa tidur adalah kerana dia telah membangkitkan kemarahan jin yang telah tumpang tidur disitu". Dan dihimpit jin adalah merupakan sintom-sintom diganggu jin dan perkara ini perlukan rawatan untuk mencegahnya..
Ok kembali kita kepada cerita, hehe...kejadian kalau tak silap selepas isyak.. tapi nak dijadikan cerita, pada hari tu sebelum tidur aku lihat katil aku kemas tersusun dan tanpa berfikir panjang ak terus tidur (terlupa baca doa)....keletihan dasyat...hehe...membuatkan aku mudah terlelap. So semasa dalam tidur aku bermimpi yang bukan-bukan(ngeri) membuatkan aku terus terjaga, TETAPI!!! aku tak mampu untuk membuka mata dan menggerakkan badan. Semasa dalam keadaan tersebut aku mampu mendengar perbualan rakan-rakan di bilik. Aku menjerit minta tolong sekuat hati tapi (suara tak keluar pulak) huhu... So aku pun mula membaca surah al-fatihah, surah an-nas dan ayatul kursi, berkali-kali aku ulang baru aku boleh bukakan mata.... tetapi badan masih tak boleh gerak...(nasib baik jin tuh x menjelma depan muka kalau tak pensan ak) huhuhu.... Aku cuba menggunakan sepenuh kudrat tenaga untuk bergerak sambil dalam hati sentiasa membaca surah al-fatihah....Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya merungkai ikatan tersebut... semasa aku bangun, memang satu badan berketar dan berpeluh....letih aku dibuatnya...nasib baik malam tuh aku tak dihimpit kali ke-2...kalau tak naya aku....huhu
KEJADIAN KEDUA
Tiba pula masa aku menceritakan tentang kali ke-2 aku dihimpit jin...tapi kali nih lebih ngeri dan hard core jugaklah.... kali nih masa kejadian adalah pada jam 4.30 pagi sebab aku baru ja siapkan assignment pada jam 4.27 pagi dan aku tidur kejap dalam jam 4.28 pagi...wah!! kali nih semua rakan bilik dah tidur nyenyak dan aku masa tuh bercadang untuk tidur sekejap. Seingat aku, aku baru sahaja baring dan terlelap sekejap sangat. Sewaktu aku nak buka mata... haaa!!! waktu tu lah kisah ini bermula. Memang susah untuk buka mata, badan pun dah tak boleh gerak walaupun seinci... kali nih aku memang dalam masalah yang besar. Aku cuba kaedah yang sama iaitu dengan membaca surah-surah yang aku nyatakan di atas...Namun seakan "jin" ini tak mau mengalah... berpeluh dah macam air terjun...mencurah-curah ja...huhu .... haaa yang peliknya masa aku tengah bergelut tuh dalam hati nih TIBA-TIBA... membaca surah yassin.... ehh....memng pelik sebab aku tak pernah menghafal surah yassin sebelum nih....mungkin atas pertolongan Allah.. bila mula ja baca yassin aku rasa lagi erat tubuh aku dihimpit sampai satu tahap aku dah macam susah nak bernafas... dalam hati ini hanya kepada Allah sahaja aku berserah... Dengan takdir Allah sampai sahaja ayat ke sepuluh surah yassin aku berjaya membuka mata terus boleh bangun...mungkin kerana khasiat ayat 1-10 ini yang mengisahkan mengenai (kenabian Muhammad)...
(untuk pengetahuan aku telah menyemak bacaan aku "surah yassin" pada keesokkan hari) memang x salah/lari dari bacaan sebenar.
Kali ni aku berjaya melihat kelibat makhluk "jin" tersebut semasa aku bangun. Semasa aku buka mata aku terlihat ada kelibat hitam besar pada dinding bilik yang (terbang) lari dari katil terus hilang dari pandangan lepas melintasi katil kawan aku disebelah. Lagi ngeri apabila sepanjang makhluk tersebut lari aku terdengar bunyi (tik tik tik) disepanjang besi katil mengikuti makhluk tersebut.... Ngeri aku dibuatnya...huhuhu.... mungkin bunyi tersebut hasil dari perlagaan tubuh makhluk tersebut tuh dengan besi katil.... sebenarnya begitu banyak rahsia Allah yang belum terungkai terutama mengenai makhluk bernama "jin" ini...bagaimana contraction makhluk tersebut boleh menghasilkan bunyi sedangkan makhluk tersebut boleh melalui/melepasi besi????.. Aku terus bangun dan cuba mengerakkan rakan aku yang sedang tidur... takut juga benda yang sama berlaku pada dia... Alhamdullillah... tak terjadi apa-apa.... tapi aku tak menceritakan pula kisah nih pada rakan aku tuh takut dia ak boleh tidur pulak huhu....
Daripada kejadian yang berlaku nih...aku berlajar sesuatu iaitu untuk sama-sama menghormati antara makhluk...mungkin makhluk tuh singgah untuk tumpang tidur..aku pula dengan kurang sopan mengganggu dia pula... untuk mengelakkan benda yang sama berulang aku telah mengamalkan surah-surah 3 Qul dan mengamalkan ambil air sembahyang sebelum tido...tak lupa aku juga turut mendengar ayat-ayat ruqyah semasa hendak tidur....alhamdullillah aku tak mengalami dah kejadian pelik semasa tidur huhu....
NANTIKAN KISAH YANG BERIKUTNYA - AKU DIMARAHI/ DIHERDIK "JIN" PADA POST YANG BERIKUTNYA
Cerita awak tu memang seram. Tapi yang tidur and mimpi tapi kita tau kita mimpi and tak boleh gerak badan dan bernafas tu dipanggil sleep paralysis. Saya selalu jugak kena kalau penat sangat tapi jarang sangat nampak jin, atau dgr bunyi yang menyeramkan. Kalau awak nak tau pasal sleep paralysis, boleh je search kat internet.
ReplyDelete