Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Monday 17 June 2013

tinggal 4 kawasan IPU kurang sihat

Menara Berkembar PETRONAS kelihatan berjerebu dari Menara Kuala Lumpur.

Laporan susulan mengenai IPU di 6 kawasan sebelum nih . Alhamdulillah IPU di 2 kawasan dah menurun. Tapi diingatkan supaya kurangkan aktiviti luar dan banyak minum air.

Kuala Lumpur: Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan hanya empat kawasan mencatatkan bacaan udara tidak sihat semalam, menurun daripada enam kawasan kelmarin. 


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan memaklumkan, setakat jam 11 pagi semalam, empat kawasan itu ialah Bandar raya Melaka dengan IPU 102; Kemaman, Terengganu (121); Indera Mahkota (107) dan Balok Baru, Kuantan, Pahang (114). 

“Status kualiti udara bertambah baik berbanding semalam (kelmarin) apabila bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat berkurangan. Sementara itu, lima stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga berada pada tahap baik, manakala 43 stesen lagi tahap sederhana hari ini (semalam),” kata kenyataan itu. 



Bilangan titik panas meningkat 



Laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) berdasarkan maklumat satelit NOAA-18 kelmarin, menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia terus meningkat kepada 136 lokasi dari 101 yang dikesan Sabtu lalu dan 46 titik sehari sebelum itu. 



Berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara, orang ramai diminta tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka dengan mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. 



“Kompaun maksimum RM2,000 juga boleh dikenakan ke atas setiap kesalahan berkaitan pembakaran terbuka,” 
kata kenyataan itu yang turut meminta kerjasama orang ramai memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada bomba di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.



Sunday 16 June 2013

tapak kaki misteri di kuala pilah

PENDUDUK menunjukkan kesan tapak kaki yang luar biasa ditemui penduduk Kampung Kepis Baru.

Kuala Pilah: Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat.
Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang.
Bagaimanapun, dia terkejut dan segera pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup.

“Sebaik melihat kesan tapak kaki bersaiz luar biasa yang ganjil itu, saya melarikan diri pulang kerana sangat takut. Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk kampung sebelum kami bersama-sama pergi semula ke kebun getah itu.
“Kami menemui lebih 200 kesan tapak kaki ganjil bersaiz sama sepanjang menjejaki binatang itu. Kesan tapak kaki yang ditemui itu berbentuk hampir bulat dengan garis pusat dianggar 18 sentimeter dengan lima jari bersaiz lima sentimeter panjang dan lima sentimeter lebar.

Oleh Amran Yahya
Sumber