Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Sunday, 2 June 2013

Gambar ngeri di kotak rokok dibesar 10%


Petaling Jaya: Semua bentuk promosi jualan rokok secara langsung dan tidak langsung akan dilarang sebagai usaha membanteras aktiviti merokok dengan cara lebih berkesan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, peraturan baru yang akan diwartakan tidak lama lagi turut merujuk pada aktiviti promosi menerusi pembelian diskaun dan penajaan aktiviti kesukanan atau kemasyarakatan.

“Usaha ini akan dipertingkatkan untuk tidak menggalakkan aktiviti merokok ini. Sebagai langkah berterusan, saiz gambar akibat merokok pada kotak rokok ditingkat daripada 40 kepada 50 peratus,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Datuk Dr Azman Abu Bakar dan wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Graham Harrison.

Menurutnya, usaha ini diharap dapat memberi kesedaran dan mengubah pemikiran perokok. Malah, kadar nikotin dalam rokok juga akan dikurangkan dan promosi secara tidak langsung menggunakan wanita sebagai jurujual tidak dibenarkan.

“Pada masa kini, kadar nikotin adalah 20 miligram untuk maksimum dan menuju 2015, usaha ini akan dilakukan menerusi dua peringkat iaitu mengurang kandungannya sehingga 1.5 miligram,” katanya.
Katanya, proses ini akan dijalankan pada Januari 2014 dan Jun 2015. Pihaknya juga akan menetapkan kawasan larangan merokok merujuk pada bangunan tertutup.

“Sebagai usaha mengawal dan membanteras budaya merokok, kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen perlu dilakukan untuk mengatasi penyeludupan rokok dari negara jiran,” katanya.
Oleh Elrafaei Sapi
betul ka?? klik link sini -> HARGA ROKOK NAIK 3%

0 comments:

Post a Comment