Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Friday 31 August 2012

mayat tanpa kepala di Nibong Tebal

perrhh ngeri ja bila baca..!!! mintak dijauhkanlah perkara sebegini dari terus berulang dalam Malaysia bumi tercinta ni...huhu


GEORGETOWN: Mayat lelaki yang ditemui berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Kechil di Nibong Tebal, kelmarin dikatakan mati akibat ditikam penjenayah.
Penjenayah juga dikatakan sangat kejam kerana sanggup memotong kepala, tangan serta kaki mangsa sebelum mayatnya dibawa ke lokasi terbabit untuk dibakar dalam cubaan menghapuskan bukti.

Difahamkan, perbuatan kejam terbabit juga dikatakan dilakukan sekurang-kurangnya lebih daripada dua penjenayah dan mangsa mati kerana ditikam lima kali di bahagian perutnya di satu lokasi lain sebelum mayatnya dibawa ke kawasan berkenaan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mat Nasir Salleh berkata, hasil siasatan awal setakat ini mendapati mangsa kemungkinan rakyat asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat terbabit tidak mempunyai tanda cacar seperti lazimnya yang ada pada rakyat negara ini dan berdasar faktor ini kami tidak menolak kemungkinan mangsa warga asing.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan lengkap untuk mengesan identiti mangsa dan berharap orang ramai atau majikan yang kehilangan ahli keluarga atau pekerja membuat laporan polis dengan segera,” katanya.
Kelmarin, mayat seorang lelaki hanya berseluar dalam ditemui dipotong beberapa bahagian sebelum dibakar dalam ladang kelapa sawit terbabit.

Hasil pemeriksaan, polis menemui tiga tin minyak dipercayai digunakan untuk membakar mangsa tidak jauh dari tempat kejadian dan dua jari mangsa yang masih elok.

Pemisah bakar bendera Thailand, kibar bendera Malaysia

Kenapa bendera Malaysia ????




PATTANI: Beberapa lelaki, disyaki pemisah membakar bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia semalam di kawasan penduduk majoriti Islam di bahagian selatan.
Pihak militan juga meletupkan bom yang menyebabkan enam anggota tentera cedera, kata pegawai. 
Keadaan huru-hara itu berlaku pada hari ulang tahun penubuhan kumpulan pemisah pada tahun 1989, yang menggabungkan empat pergerakan pemisah Thailand, dan juga hari kemerdekaan Malaysia daripada penjajahan Britain.

Anggota pemisah kebanyakannya daripada etnik Melayu tetapi tidak jelas mengapa mereka menaikkan bendera Malaysia. Penganalisis berkata, militan mahukan wilayah berasingan tetapi tidak pernah menyatakan mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Lebih 5,000 orang terbunuh di wilayah paling selatan Thailand yang majoritinya adalah penduduk Islam sejak pemberontakan Islam bermula pada 2004. Pengeboman dan serangan terhadap pasukan keselamatan oleh orang awam adalah taktik biasa kumpulan pemisah tetapi membakar bendera adalah sesuatu yang jarang berlaku. - Bangkok Post

kucing luar biasa, two-face

perhhhhh!!! untuk semua peminat kucing sekalian :)


RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.
Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.
Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.

Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah - perubahan genetik.

“Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya.”

“Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: ‘Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,’” kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.

“Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: ‘Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.

“Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: ‘Kita perlu memiliki kucing ini!’

“Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!,” tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.

Seorang lagi menulis: “Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang.”

Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga. - DM



fakta lidah dan mata yang wajib kita tahu !!



4 fakta tentang mata dan lidah: 

Fakta 1 : 
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa… 

... Fakta 2 : 
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya 

Fakta 3 : 
Setelah baca Fakta ke 2 anda akan tertawakan diri sendiri 

Fakta 4 : 
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat utk copy lawak bodoh ni kpda geng korang yg lain untuk kenakan diaorang seperti korang yg telah terkena.. hehe jangan marah :)

credit to :http://faktapelik.blogspot.com

Troll gangnam style is not allowed !!

hahahaha....LOL !!! kepada peminat-peminat gangnam style.....aksi ini dilarang ok!!! hahahaha
don't take serious...just for fun!!! LOL !! :)


Fakta Wajib Tahu

haha...memng luar jangkaan fakta-fakta nih..thanks to paperminx kerana post info yang berguna di http://www.gempak.org :) tapi jangan terkejut macam gambar di bawah plak lepas baca...hehehe



20 Fakta WTF Yang Perlu Anda Tahu



1. 83% lelaki yang mati kerana serangan sakit jantung ketika berjimak didapati sedang curang dengan isteri masing-masing

2. 372 orang menggoogle pornografi pada setiap saat

3. Google menjana keuntungan kira-kira $700 sesaat

4. Di Samoa, ianya merupakan satu jenayah apabila terlupa hari lahir isteri anda sendiri

5. Carian kedua paling popular pada laman Yahoo ialah "Google"

6. Jika Wikipedia dikeluarkan dalam bentuk buku, ia akan mengandungi 2.25 juta mukasurat dan memerlukan lebih 123 tahun untuk dibaca

7. Kajian menunjukkan mereka yang berjaga sehingga lewat malam adalah lebih pintar berbanding mereka yang tidur awal dan bangun awal

8. Purata seekor penguin hanya menikmati keinzalan (orgasm) sekali setahun

9. Apabila seekor penguin jantan jatuh cinta dengan penguin betina, ia akan berkelana di seluruh pantai untuk mencari batu kerikil yang sempurna untuk diberikan kepada buah hatinya. Oh, so sweet.

10. Apabila anda melihat bintang, anda sebenarnya melihat masa silam kerana kebanyakan bintang yang kita lihat pada waktu malam telah mati

11. Air telah dikitar semula dengan terlalu banyak kali sehingga segelas air yang anda akan minum mungkin telah diminum oleh orang lain

12. Ejakulasi normal mewakili pemindahan data sebanyak 1587GB dalam masa kira-kira 3 saat

13. Pada zaman Rom kuno, lelaki yang didapati bersalah merogol akan dihukum dengan testikel mereka akan dihancurkan di antara dua batu. Ouch!

14. Ia akan mengambil masa seseorang selama 1700 tahun untuk menonton setiap video yang terdapat di Youtube

15. Jika anda terkentut secara berterusan selama 6 tahun 9 bulan, gas yang dihasilkan cukup untuk menghasilkan tenaga menyamai bom atom

16. Jika anda mempunyai RM1 billion dan membelanjakan RM1000 sehari, ianya akan mengambil masa selama 2740 tahun untuk dihabiskan

17. Brazil tidak mampu untuk menghantar atlet ke Los Angeles pada Sukan Olimpik 1932, penyelesaiannya Brazil memasukkan mereka ke dalam kapal yang penuh dengan kopi dan mengarahkan mereka menjualnya di sepanjang perjalanan

18. Apabila ditanya tentang permintaan terakhir sebelum ditembak mati oleh skuad penembak, pembunuh bernama James W. Rodgers yang disabitkan kesalahan membunuh meminta sehelai jaket kalis peluru.

19. Terdapat satu minit dengan 61 saat setiap dua kali dalam setahun

20. Firaun Tutankhamun mempunyai seorang pengorek hidung sendiri yang dibeli dengan tiga ekor lembu, makanan dan penginapan.
Thursday 30 August 2012

tuhan jagakan dia



tepat jam 12 malam menandakan malaysia telah merdeka selama 55 tahun....tahniah untuk semua rakyat malaysia. bukan senang nak mencapai kemerdekaan, banyak korban yg perlu dilakukan baik dari segi penghayatan dan kerjasama antara rakyat semua. dalam menggapai semangat baru merdeka, umur blog 'journey anak watan' pun baru mencapai 6 bulan. bak kata orang baru setahun jagung kan, hehe tak matang lagi. tapi dengan bimbingan sahabat dan pembaca blog ini diharap dapat membantu mengembangkan idea untuk perjalanan blog. hehe...

khas untuk malam merdeka ni, journey anak watan nak berkongsi sebuah lagu yang dikirim oleh teman istimewa hehe. lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan 'motif band' yang 'Bertajuk tuhan Jagakan Dia' .





Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


kredit to : www.misznadea.com untuk lirik lagu.


campak zakar dalam mangkuk tandas

perhhhh!!! macam ni pon ada ka??/haha



SYDNEY: Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba memotong kemaluan lelaki itu, dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan bermula semalam, setelah mahkamah menerima kenyataan dia mengalami kemurungan.
Jien Chen, 47, mengaku bersalah kerana membunuh teman lelakinya Jin Xiang Peng setelah memberi ubat tidur dan menikamnya pada Februari tahun lalu, selepas mereka bergaduh kerana wang dan anak lelaki mereka. 
Jian memberitahu pakar psikologi, “ada benda dalam dirinya” yang menyuruhnya memusnahkan “senjata berbahaya”, dan dia menggunakan “kemaluan untuk menyakiti wanita dan kanak-kanak.”

“Saya tahu Peng menggunakan kemaluannya untuk memperdaya wanita, mendapatkan anak dan menggunakan anak itu sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian.



Katanya dia mencampakkan zakar teman lelaki ke dalam mangkuk tandas dan mengepamnya. - AFP


info dari : mymetro


Wednesday 29 August 2012

ST12-JANGAN PERNAH BERUBAH

entry kali nih saja nk kongsi lirik lagu dari kumpulan ST12 yang bertajuk jangan pernah berubah...best lirik lagu nih. jom hayati :)







Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan


Reff:[*]
Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya 

kredit to : http://liriksong.wordpress.com
Tuesday 14 August 2012

Ucapan Raya Sahabat


selamat hari raya penulis ucapkan kepada semua pembaca blog Journey Anak Watan. Walaupun masih berbaki beberapa hari lagi untuk beraya, semangat beraya sungguh kuat hingga membuat diri ini menulis khabar raya ini. Taun ini agak berbeza buat penulis kerana berpeluang berpuasa dan beraya sebagai perantau. Berbagai telatah dapat dilihat disamping pelbagai pengalaman baru yang amat bermakna buat penulis. Di akhir ini, penulis ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pensyarah-pensyarah fakulti sains sukan dan rekreasi terutama kepada pensyarah kesayangan Pn Suhana Aiman yang mengajar subjek anatomy. haha...disamping itu kepada semua staf pusat sukan UiTM S.Alam terutama kepada Pn. Haslah 'the lagend'. Ucapan raya juga tidak dilupakan kepada MSN Penang serta team lawn bowls penang (SUKMA PAHANG), mama, uncle z, cikgu det,kak sya sya,kak zura...terima kasih atas perhatian dan bantuan...memang terbaik!!!hehe kepada semua roommates perindu dan meranti, rakan kelas SR223 & SR221 terutama to my best friend waey,peng,wanie,lutfi,sam,ahmad,wan perak,haikal,zureen, dan semualah senang haha...korang semua memng the best n paling best ak pernah jumpa!!!!........banyak lagi nih, kepada rakan-rakan kelas tingkatan 1AA hingga 3AA, 4STR hingga 5 STR, 6BE2 hingga 6AE2....faizal,hafiz,ujed,kuro,husnel,mak suri,zety,eno,baiti,dini,suhana,atirah,kasyfi,syam,fakhrul,bob,maisarah, kak faten,kak wan,kak nadia,hanis,meon,zul, haziq,atirah,nadia,anas,mohsin,fallah,amir,yen, haaaa...sebenarnya telampau ramai lagih.....korang pon memang terbaik n selalu membantu ak ketika dalm suka dan duka.....kepada guru-guru SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI dan semua staf...percayalah cikgu-cikgulah antara cikgu terbaik antara guru-guru di Malaysia.....kepada semua ahli band BADAWI , akan ku rindui semua peristiwa pahit manis sepanjang kita semua bersama klu nak senarai semua x cukup ruang hehehe......korang semua walau masalah bertubi datang tetap bersama... :) ucapan raya juga di ucapkan kepada semua senior dalam PERPAKES BAND OF SPIRIT SHAH ALAM, tanpa senior mcm korang , tiadalh junior mcm kitaorang....sememangnya senior semua terbaik walaupun ada kejam skit hehehe....kepada rakan-rakan secret recipe kepala batas, sememangnya raya ini kembali membuka memori lama kita bersama, rindu perasaan di dapur yang busy, kaunter yang busy, dan pelanggan yg busy...hehehe keluarga tercinta, ayah,ibu,kakak-kakakku sekalian, adikmu dan anakmu disini memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan....yeee....duet raya jangan pulak dilupakan hehe..........

sebenarnya susah jugak kalau buat ucapan raya klu tak ikut skema yerk....hehehe...maaf jika ada silap dan salah hamba kepada semua...mari kita buka lembaran baru di raya ini dengan harapan baru. Moga raya kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

sorong papan tarik papan,
budak-budak bermain mercun papan,
di hari raya yang mampan,
dengan berbaju baru, harap kita semua cantik dan tanpan...

haha lupakan pantun merapu diatas....hahaha selamat hari raya semua!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 10 August 2012

sesi photoshoot Qaseh Qalisya Maisarah

sebahagian dari hasil photoshoot anak buah thanks to Qaseh Qalisya Maisarah ....nanti pak su belanja ais aiskrim ye... :)











































perhhh...susah jugak nak ambik gambar budak...macam-macam kena buat nak bagi mereka gelak dan senyum :)

Wednesday 8 August 2012

sikap buruk peniaga bazar



penulis sebenarnya nak berkongsi sedikit pengalaman sepanjang berpuasa di negeri orang. pengalaman berpuasa memang cukup best, sebab dapat lihat macam-macam ragam orang disamping jauh dari keluarga tersayang. tapi dalam keseronokan berpuasa, penulis kesal dengan sikap sesetengah peniaga di sekitar bazar di sini (lokasi dirahsiakan). dalam mencari rezeki di bulan puasa, ada sesetengah peniaga tuh (bukan semua) macam kurang ikhlas penulis lihat. ada sesekali tuh dalam menunggu untuk membayar, penulis terdengar peniaga nih mengutuk pasal pelanggan dia. terasa hati jugak bila terdengar peniaga tuh mengutuk, pelanggan tuh merupakan lubuk rezeki, tapi kalau semua pelanggan nanti tak datang beli...jangan marah ye abg...hehe....kemudian sekalituh masa tinggal lgi 10 minit untuk berbuka datang seorang pelanggan nak beli nasi sahaja...elok saja pekerja kedai tadi nak beri,datang tuan kedai dengan muka marah-marah,cakap tak boleh....sebab nasi tak cukup....adeh....kesian kat pelanggan tadi, dahlah dh hampir waktu berbuka, apa salahnya kalau jualkan nasi kepada pelanggan tadi, bukannya pelanggan tuh nak beli satu kawah nasi dan pelanggan tuh nak beli bukannya nak minta sedekah lah mak cik....dah lah jual mahal...geram betul bila ingat peristiwa tuh....macam peristiwa yang berlaku, tapi itulah kita panggil pengalaman hidup kan....tapi penulis nak minta tolong sangat-sangat kat peniaga-peniaga bazar supaya mudah memberikan senyuman terutama kepada pelanggan. penulis tahulah sekarang nih harga barang mahal, modal berniaga pon dah naik. tapi tak kan harga senyuman pon dah naik????rajin-rajinlah berikan senyuman, kerana senyuman itukan sedekah.... :)
Monday 6 August 2012

bila kawan-kawan berkongsi cerita

seronok berkongsi cerita dan dengar pandangan kawan-kawan di facebook. idea-idea memang menarik dan kelakar pun ada!! hehehe.... terbaiklah korang.....nanti bagi idea lagi noh....hehe




terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi melayan karenah penulis...korang memang BEST !!! :)

Thursday 2 August 2012

kaedah nak baiki screen laptop (death pixels)

disingkatkan cerita, netbook jenama ASUS (Eee PC Seashell series) yang dimiliki oleh kakak penulis rosak pada screen yang sebenarnya disebabkan 'death pixels' dalam kes ni, screen tukar ke warna hijau.


                                                 screen rosak macam di atas starting warna hijau...

so, penulis pun membawa netbook ke pusat servis ASUS di KL...start bertolak dari shah alam pkul 2 ptg dengan menaiki motosikal. perjalanan pada waktu puasa memang meletihkan disamping bahang panas...tersesat banyak kali jugaklah semasa perjalanan...haha biasalah, so selepas penat lelah sampai jugaklah ke pusat servis ASUS. setelah tunggu lama, sampai giliran untuk ke kaunter...yang tak best nye ayat staff yang dikeluarkan. " screen nih memang macam nih,terutama bila warranty dh abis" wah memang gerak jauh-jauh untuk dengar ayat skema macam nih...geram betul...so kisah nih berhenti disini, malas nak hurai lebih apa yang berlaku dekat pusat servis. apa yang digambarkan ibarat barangan ASUS memang kurang tahan dari kualiti....wah!! sebelum nih penulis memang gemar barangan ASUS disebabkan kualitinya...tapi apa yang digambarkan staff tersebut sebaliknya....ceh!!! ok....lagipun nak baiki screen melibatkan kos RM350 kalau ikut apa yang diberitahu staff tadilah...


OK...so disebabkan geram,penulis tak jadi nak baiki screen di pusat servis ASUS...setelah lama meng GOOGLE terjumpa cara2 membaiki screen.

so first, penulis menggunakan software khas untuk 'death pixels' untuk kembali asal seperti Stuck Pixel Sweeper yang anda boleh download di http://sourceforge.net/projects/stucksweep/...

1) download dan biarkan program itu beroperasi sekurang-kurangnya sejam...selepas itu shut down laptop anda....

tetapi....jika kaedah ini tak berkesan, kita boleh menggunakan kaedah tekanan kepada screen.

apa yang kita perlukan ialah 1) pemadam dan 2) kain/ tuala

ok, mula-mula shut down laptop, kemudian ambil pemadam dan cover dengan kain dan mula (rub) kesemua permukaan screen yang mengalami masalah (death pixels) tadi... p/s: seakan kita memadam tulisan di atas kertas...jangan berhenti sehingga laptop anda hidup (start up)....selepas 1 minit, tekan butang start untuk hidup kan kembali laptop anda. dan anda boleh lihat screen anda kembali seperti biasa,.... :)

tak perlu keluarkan modal yang banyak hanya pemadam dan kain sahaja diperlukan jika dibandingkan dengan kos baiki screen melebihi 4 ke 5 ratus ringgit...

sekadar berkongsi, ternyata idea ini berjaya dengan jayanya.... :)


screen dah kembali seperti sedia kala.... :)