Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Friday 31 August 2012

Pemisah bakar bendera Thailand, kibar bendera Malaysia

Kenapa bendera Malaysia ????




PATTANI: Beberapa lelaki, disyaki pemisah membakar bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia semalam di kawasan penduduk majoriti Islam di bahagian selatan.
Pihak militan juga meletupkan bom yang menyebabkan enam anggota tentera cedera, kata pegawai. 
Keadaan huru-hara itu berlaku pada hari ulang tahun penubuhan kumpulan pemisah pada tahun 1989, yang menggabungkan empat pergerakan pemisah Thailand, dan juga hari kemerdekaan Malaysia daripada penjajahan Britain.

Anggota pemisah kebanyakannya daripada etnik Melayu tetapi tidak jelas mengapa mereka menaikkan bendera Malaysia. Penganalisis berkata, militan mahukan wilayah berasingan tetapi tidak pernah menyatakan mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Lebih 5,000 orang terbunuh di wilayah paling selatan Thailand yang majoritinya adalah penduduk Islam sejak pemberontakan Islam bermula pada 2004. Pengeboman dan serangan terhadap pasukan keselamatan oleh orang awam adalah taktik biasa kumpulan pemisah tetapi membakar bendera adalah sesuatu yang jarang berlaku. - Bangkok Post

0 comments:

Post a Comment