Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Sunday 16 June 2013

Indeks udara 6 kawasan tidak sihat

Indeks udara 6 kawasan tidak sihatKeadaan pemandangan di sekitar Pusat Bandaraya Melaka ketika dirakam pada waktu 11.52 pagi hingga 12.16 tengah hari semalam.
Kuala Lumpur: Kualiti udara di enam kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 100, semalam.

Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) kualiti udara direkodkan tidak sihat setakat jam 11 pagi semalam membabitkan Muar, Johor dengan bacaan IPU 110; Port Dickson, Negeri Sembilan (117); Bandaraya Melaka (IPU 129), Bukit Rambai, Melaka (120); Pelabuhan Klang, Selangor (104) dan Kemaman, Terengganu (101).


Pencemaran asap jerebu 

Mengulas perkembangan itu, Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan, berkata negara sedang mengalami musim Monsun Barat Daya bermula bulan ini yang dijangka berterusan sehingga September depan. 

“Angin monsun berkenaan bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera dan membawa pencemaran asap jerebu ke kawasan tengah serta selatan Pantai Barat Semenanjung. Bacaan IPU dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan di mana terdapat peningkatan mendadak bilangan titik panas di Sumatera,” katanya. 

Bagi titik panas dalam negara pula, beliau berkata, kebakaran dikesan di kawasan tanah gambut di Selangor, tetapi keadaan adalah terkawal dan tidak menyumbang kepada peningkatan IPU, malah tiada kebakaran lain dikesan di kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat. 

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan bekerjasama melaporkan kes sedemikian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 serta Jabatan Alam Sekitar di talian 1-800-88-2727. 
Bacaan masih tinggi 

Di Muar, IPU di daerah ini masih pada paras tidak sihat walaupun mencatatkan penurunan kepada 110 berbanding 148 direkodkan kelmarin. Bacaan IPU di Muar masih tertinggi di Johor, disusuli beberapa lokasi lain seperti Pasir Gudang (95), Kota Tinggi (91) dan Larkin Lama (79). 

Tinjauan di Melaka pula mendapati, selain jerebu, udara turut berbau asap, manakala jarak penglihatan adalah kira-kira tiga kilometer, namun orang ramai masih belum menggunakan penutup hidung dan mulut. 

Di Kuala Lumpur, keadaan jerebu tidak begitu serius walaupun tanda yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada keadaan itu dilihat di beberapa kawasan pada sebelah pagi sebelum pulih menjelang petang.


Update ! tinggal 4 kawasan IPU masih tinggi Sumber

0 comments:

Post a Comment