Sunday, 25 March 2012
AKU DIMARAHI JIN
Sebenarnya 'Journey' kali ini ingin menceritakan kisah benar yang berlaku untuk dijadikan tauladan kita semua . (straight to the point) lah ye...ok sebenarnya kejadian berlaku semasa cuti mid sem lepas. Abertolak petang dari UITM Shah Alam dan sampai Penang dalam pkul 6 lebih. Sesampainya aku di rumah aku terus tertidur di ruang tamu, mungkin disebabkan penat memandu. Aku masih ingat, aku tak mengalami sebarang mimpi ngeri sepanjang aku tidur. Tapi semasa aku terjaga dari tidur aku dapati diri aku tak boleh gerak dan mata dah macam kena palam tak boleh buka. Aku teringat kembali kejadian yang sama berlaku seperti di UITM iaitu aku dihimpit jin tapi kali ini lebih erat dan aku mengalami kesukaran untuk bernafas. Dalam hati aku membaca perbagai jenis ayat al-Quran dan antaranya ialah surah 3 Qul, surah al-fatihah dan ayatul Kursi.Sebabnya mulut aku tak boleh langsung dibuka, seolah dikunci erat. lama jugak aku dalam keadaan (ditindih) tuh... Alhamdulillah aku boleh buka mata akhirnya, aku hanya boleh melihat sekeliling kerana badan masih lagi tak boleh bergerak. Masa aku tuh aku mendengar satu suara yang betul-betul dalam nada marah. Suara yang aku dengar memang betul-betul garau dan suara dia(jin) seolah bergema. Meremang bulu roma aku!! bahasa yang digunakan agak pelik sebabnya aku tak pernah dengar lagi bahasa yang seperti ini. Bahasa seakan-akan arab tapi macam bahasa orang-orang dulu...jin tuh cakap agak lama tapi yang peliknya aku hnya faham 1 ayat sahaja. Ayat jin tuh berbunyi seperti ini : Siapa kau?? aku hanya mampu mengelipkan mata sahaja kerana seluruh tubuh aku tak boleh bergerak seakan dikunci. Selepas jin tuh abis bercakap, selepas tuh barulah tubuh aku boleh bergerak. Selepas boleh bangun aku menarik nafas dan memikir kembali apa maksud disebalik jin tuh marah aku. Adakah aku ada membuat apa-apa yang mengganggu mereka sebelum ini atau semasa dalam perjalan pulang.
Apa yang aku tahu, Jin tidak mati dan bergenerasi dari zaman nabi adam sehinggalah sekarang. Dan mungkinkah bahasa yang digunakan adalah dari generasi jin dari zaman dahulu????Wallahualam.. aku berharap mana-mana pembaca blog ini mampu membantu aku mentafsir apa niat sebenar jin ini...
0 comments:
Post a Comment