LIMA MEDANG, menunjukkan siling rumah kosong yang dipercayai digunakan individu yang tidak dikenali untuk memecah masuk ke rumahnya melalui siling di flet Seri Delima Bandar Seri Alam, Johor Bahru.
'JAW' agak terkejut selepas membaca berita ini di Berita Harian. Sedih diatas kematian Dirang yang belum reda kini keluarga Dirang dilanda kegusaran sekali lagi apabila rumah mereka dicerobohi oleh individu tak dikenali. Belum cukup dengan itu, keluarga Dirang turut dikejar oleh individu yang tidak dikenali hinggakan terpaksa cari perlindungan di Surau. Masyaallah... apa sebenarnya yang berlaku nih??? 'JAW' berharap kita sebagai masyarakat seharusnya membantu bukannya menambahkan beban seperti yang berlaku kepada keluarga Dirang ini.
baca info selanjutnya dibawah ini :
PASIR GUDANG: Belum reda dengan kesedihan kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, yang dibunuh dengan kejam, keluarga budak perempuan itu kini berada dalam keadaan ketakutan apabila rumah mereka di Flet Seri Delima, dekat sini, cuba dipecah masuk selain anggota keluarga berkenaan turut dikejar lelaki tidak dikenali.
Bapa saudara Dirang, Hakim Alan, 14, iaitu adik bongsu kepada Roselyn Alan, 25, sudah tiga kali dikejar lelaki tidak dikenali sejak minggu lalu sehingga memaksanya melarikan diri ke surau untuk berlindung.
dari : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment