Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Wednesday 28 November 2012

Wellness X 10 bersama Aman Palestin Malaysia



Untuk pengetahuan semua, pelajar part 3 SR223 Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi akan mengadakan Acara Senam Robik yang dinamakan WELLNESS X 10 yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Pergolakan yang sedang berlaku pada saudara Islam di Palestin menyebabkan penganjur terpanggil untuk mengadakan kutipan amal untuk Palestin yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak Aman Palestin Berhad (Malaysia). Sehubungan dengan itu marilah kita beramai-ramai memenuhi Pusat Sukan UiTM Shah Alam untuk bersenam disamping menderma untuk saudara di Palestin. Acara akan berlangsung pada 30/11/2012 hari Jumaat bermula dari jam 7.45 malam sehingga jam 11.00 malam. Masuk adalah PERCUMA!! 

Dapatkan informasi mengenai wakaf yasin untuk Palestin, wakaf jariyah bersama aman Palestin, tabung Palestin dan projek pembiayaan kemanusiaan ' kafalah fund' di kaunter Aman Palestin. Anda juga boleh menderma terus secara tunai di kaunter Aman Palestin sepanjang berlangsungnya WELLNESS X 10. Bersama-samalah kita membantu saudara kita. BEBASKAN PALESTIN!!


















www.amanpalestin.net

0 comments:

Post a Comment