Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Friday, 20 April 2012

Budak 13 Tahun dah mula merogol

alkisah kali ini mengenai seorang budak lelaki yang berumur 13 tahun yang telah merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 8 tahun..... apa nak jadi dengan budak sekarang...kalu kecik-kecik dah mula rogol...besar nanti nak jadi apa ye????kalau perangai budak-budak macam nie....sapa kita nak persalah kan????

berita selanjutnya di bawah :


PADANG BESAR: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya.

berita dari : http://www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment