Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Sunday 1 April 2012

Bom Meletup-Rahsia Terbongkar

gambar hiasan dari : memori-kasih.blogspot.com




Masih mengenai isu letupan bom di Hotel Lee Garden,di Jalan Prachatipat, Hatyai, Songkla. boleh klik Letupan Bom di Thailand bagi yang belum baca post yang lepas ye... kali ini 'JAW' ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang dari empat kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis yang tak dapat pulang selepas dihalang dari mengambil kereta dinaiki yang terperangkap di tempat kejadian.


baca kupasan selanjut di bawah : 



HATYAI, SONGKHLA: Niat empat kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis cuba merahsiakan pemergian mereka ke negara jiran, terbongkar apabila seorang daripada mereka gagal pulang kerana kereta dinaiki terperangkap di kawasan letupan bom.
Lebih malang, pasport milik pemilik kenderaan itu tertinggal dalam kereta yang diletak di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza, di sini. Difahamkan, mereka termasuk seorang wanita berada di Hatyai sejak awal pagi kelmarin, tinggal di hotel berasingan, dihalang mengambil kereta yang diletak di kawasan Hotel Lee Garden Plaza selepas letupan bom itu.

Empat kakitangan itu terpaksa hadir ke kaunter perkhidmatan sementara Konsulat Besar Malaysia di Songhkla yang dibuka di lobi Hotel Grand Plaza, bersebelahan lokasi kejadian di sini, semalam.
Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, pihaknya mewujudkan Pusat Operasi Sementara yang dibuka 24 jam bagi membantu rakyat Malaysia yang mengalami masalah.

“Keluarga atau waris yang mahu mendapatkan maklumat situasi terkini boleh menghubungi talian +6674311062 dan +6674316274 atau faksimilie +6674324004,” katanya.

sumber dari : http://www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment