Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Saturday, 7 April 2012

100 askar tertimbus hidup-hidup

harap-harap keluarga mangsa dapat menerima dengan seadanya....kesian :(



ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 100 tentera Pakistan tertanam hidup-hidup di kawasan terpencil di utara negara itu apabila runtuhan salji menimbus kem mereka, kata tentera semalam.
Kejadian itu berlaku di Siachen di kawasan pergunungan Karakoram dekat banjaran Himalaya. Jurucakap tentera Pakistan Mejar Athar Abbas memberitahu media kerja-kerja menyelamat masih dilakukan. “Lebih 100 tentera Infantri Cahaya Utara (NLI) termasuk pegawai kanan berpangkat kolonel terperangkap apabila runtuhan salji menimpa kem tentera.

“Misi menyelamat masih dilakukan dan petugas cuba menyelamatkan anggota tentera,” katanya.
Pasukan penyelamat terdiri daripada anjing penghidu dan helikopter bergelut dengan waktu dalam usaha mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih hidup dalam timbunan salji, manakala doktor dan paramedik turut dikejarkan ke kawasan pergunungan yang dilanda cuaca buruk itu.

Runtuhan salji melanda sepanjang malam semalam, lapor media tempatan.

Televisyen kerajaan berkata, kejadian berlaku di kawasan Giyari di Siachen di mana tentera Pakistan mempunyai pangkalan.
Runtuhan salji dan tanah runtuh sering menghalang laluan dan menyebabkan masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan Pakistan tersisih. - AFP

0 comments:

Post a Comment