Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Friday 20 April 2012

Ikat Perut Demi Ilmu- USM





terbaiklah.....TAHNIAH!!! kepada Aida Syakila Ishak, 25, graduan Sarjana Kaunseling Universiti Sains Malaysia (USM) dan Norayu Abdul Talib Graduan Sarjana Sains (Rangkaian Komputer Termaju).... Journey Anak Watan akan jadikan kisah akak berdua ini sebagai motivasi untuk berjaya.... :) TAHNIAH !!! sekali lagi..




baca selanjutnya di bawah :


Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GEORGETOWN: “Ini program baru dan tiada pelajar senior untuk meminjam buku atau bahan lain, jadi kami terpaksa ‘ikat perut’ bagi memastikan dapat membeli bahan ilmiah,” kata Aida Syakila Ishak, 25, graduan Sarjana Kaunseling Universiti Sains Malaysia (USM) yang berjaya menamatkan pengajian.
Menurut anak jati dari Jitra, Kedah itu, masalah kewangan di kalangan pelajar bukan perkara baru, malah mereka terpaksa berjimat bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan.

Katanya, dalam jurusan baru diwujudkan itu, hanya ada tujuh pelajar saja mengikutinya sebagai pelajar terawal.
“Selepas membayar yuran kira-kira RM4,000, saya buntu kerana tidak mempunyai wang selain lewat menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Bagaimanapun, berkat kesabaran dan sikap tidak mudah putus asa, saya akhirnya berjaya menamatkan pengajian ini,” katanya ketika ditemui di USM, semalam.

Aida Syakila bersama rakannya menerima ijazah sarjana masing-masing hari ini pada Majlis Konvokesyen USM ke-45, di sini.
Selain Sarjana Kaunseling, program baru lain yang turut menerima ijazah sarjana ialah Sains Kemasyarakatan dengan seorang penerima manakala Sarjana Sains pula seramai dua orang, sekali gus mencipta sejarah sebagai graduan sulung dalam bidang itu. Graduan Sarjana Sains (Rangkaian Komputer Termaju) dari Butterworth, Norayu Abdul Talib, 30, berkata, dia bersyukur kerana mendapat bantuan kewangan Fellowship Penyelidikan Siswazah (GRF) RM18,000 serta geran jangka pendek USM berjumlah RM38,000 untuk kegunaannya menyiapkan penyelidikan.

“Ibu hanya suri rumah manakala ayah sudah meninggal dunia empat tahun lalu, jadi pembiayaan itu digunakan sebaiknya,” katanya.

berita dari : http://www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment