Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Friday, 20 April 2012

Pilot pengsan, pesawat terbang 3 jam sebelum terhempas


pengalaman yang ngeri bagi sesiapa sahaja... bagaimana saatnya bila kita yang berada di dalam kapal terbang tuh???dalam perasaan suka bercuti tiba-tiba kita diberitahu pilot kapal terbang terbabit pengsan...apa tindakan kita????

berita selanjutnya di bawah : 

TELUK MEXICO: Seorang juruterbang yang tidak sedarkan diri dalam pesawat persendirian kecil terbang mengelilingi Teluk Mexico selama tiga jam semalam.
Pesawat itu dibayangi dua jet tentera Amerika Syarikat sebelum kehabisan bahan api dan terhempas lalu tenggelam ke dasar laut, kata pihak berkuasa.

Pengawal pantai AS menghantar sebuah pesawat, helikopter dan kapal Pengawal Pantai ke tempat kejadian, kira-kira 222 kilometer di barat Tampa, Florida, tetapi juruterbang terbabit tidak muncul daripada pesawat yang tenggelam itu, menurut jurucakap Pengawal Pantai, Elizabeth Bordelon.
Pesawat Cessna dua enjin itu mendarat perlahan dan terapung seketika, tetapi kemudian tenggelam dalam teluk itu, di mana airnya mempunyai kedalaman 457 meter. - Reuters

berita dari : http://www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment