Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Saturday 21 April 2012

Kepala pelakon masih dicari





masih ingat berita tentang kes bintang bollywood semalam, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu. kalau tak tahu boleh klik di sini pelakon jadi pembunuh


sampai hari ini kepala aktres tersebut masih belum ditemui lagi....


baca cerita selanjutnya di bawah :


MUMBAI: Polis masih mencari kepala aktres Bollywood, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu.
Pelakon berusia 26 tahun itu didakwa diculik oleh pasangan Preeti Surin dan kekasihnya, Amit Jaiswal yang menuntut bayaran tebusan sebanyak 1.5 juta rupi (RM89,000).

Pasangan itu kemudian memberi amaran kepada ibu Meenakshi bahawa aktres itu akan dipaksa berlakon dalam filem porno jika wang tebusan itu tidak dibayar.
Ibu pelakon itu dilapor membayar 60,000 rupi (RM3,700) tetapi aktres berkenaan dibunuh dan dipenggal.

Anggota tubuhnya dibuang ke dalam tangki najis sementara kepalanya dicampak dari sebuah bas di jalan raya menuju ke Mumbai.

Meenakshi berkenalan dengan pasangan itu ketika berlakon dalam filem barunya, ‘Heroine.’ Jaiwal dan Surin ditangkap kerana menyimpan kad SIM telefon bimbit pelakon dan mereka mengaku membunuh Meenakshi. - Agensi

berita dari : http://www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment