kreatif kan orang sekarang....????macam-macam dah boleh buat....tapi risiko...tanggunglah sendiri....
berita selanjutnya :
IPOH: Keberanian membabi buta golongan wanita yang melakukan proses menggugurkan janin dibaratkan seperti sengaja menempah bala berikutan ia boleh mendatangkan maut termasuk boleh mengakibatkan mandul untuk selama-lamanya.
Pakar perundangan sakit puan, Dr Raoofah Mohamed Amir berkata, pengguguran haram boleh memberi kesan besar kepada kesihatan individu itu berikutan proses berkenaan mungkin dilakukan tanpa prosedur perubatan ditetapkan.
Menurutnya, wanita yang melakukan proses pengguguran kandungan tidak cukup bulan, berisiko mengalami pendarahan teruk serta jangkitan pada rahim selain mengalami kesakitan melampau.
“Malah kaedah pengguguran janin juga boleh mengakibatkan mandul. Walaupun ia dianggap pembedahan kecil, namun ia tetap membawa implikasi buruk mengikut keadaan dan faktor tertentu.
“Pengguguran janin ini juga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran peranakan selain menyebabkan pendarahan dalam perut mengakibatkan wanita terbabit pengsan atau maut,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan kajian, wanita yang melakukan pengguguran haram sukar mengandung lagi kerana proses dilakukan mengakibatkan usus dan rahim melekat selain saluran ovari tersumbat.
berita dari : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment