Siapa yang dapat jawab???hehe baru-baru nie ada 1 kes yang mana 2 penyelam telah diserang seekor jerung.
Jadi 2 orang lawan 1 jerung rasa-rasa sapa menang???emm jawapannya SERI!! huhu kejadiaan yang berlaku nih telah menyebabkan seorang penyelam meninggal dunia... (isu meninggal jangan buat main-main ye)huhu
Baca berita selanjutnya di bawah :
SYDNEY: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang menyelam di barat Australia mati diserang jerung semalam, kata polis. Ia adalah kejadian keempat di barat negara itu sejak akhir tahun lalu.
Mangsa yang belum dipastikan identitinya menyelam bersama abangnya pada awal pagi di pantai Stratham dekat Busselton, kira-kira 200 kilometer di selatan Perth.
“Ia serangan jerung,” kata jurucakap polis Australia barat kepada media.
“Abangnya dapat menyelamatkan diri, tetapi mangsa terbunuh selepas diserang,” katanya.
Mayat mangsa dikatakan diheret abangnya hingga ke Pelabuhan Geographe Marina. Serangan itu berlaku hanya 10 hari selepas seorang peluncur yang terjatuh dari papan luncurnya digigit jerung di Gold Coast, timur Australia. - AFP
info dari : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment