'JAW' (Journey Anak Watan) terkejut mendengar isu lagu oleh Malique, Zizan dan Kaka iaitu Lagu Bawaku Pergi ,yang sedang meningkat popular ini diharamkan oleh kerajaan... kerana bimbang akan maksud lau ini yang mengajak remaja untuk lari dari rumah...mungkin langkah kerajaan ini dibuat disebabkan kes lari rumah yang semakin meningkat?????mari kita baca kisah selanjutnya!!! :)
Oleh Syafiqah Jalal
KL, 30 MAC 2012: Komposer dan bekas ahli kumpulan Too Phat, Malique akui kesal selepas menerima surat daripada kerajaan yang mengarahkan supaya lagu ciptaannya Bawaku Pergi diberhentikan penyiarannya.
Malah, Malique merasakan dia dan dua penyanyi lagu tersebut, Zizan Raja Lawak dan Kaka (Nor Atiqa Noor Azraff) seperti telah ditindas kerana tidak diberi peluang untuk membela diri.
Malique meluahkan rasa itu di dalam kenyataannya di sebuah website Malaysian Hip Hop, hari ini.
"Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu Bawaku Pergi harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri.
"Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik," katanya dalam kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan tersebut, Malique turut menjelaskan maksud dan bagaimana lagu Bawaku Pergi itu dicipta.
"Pada tahun 2008, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh.
"Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya.
"Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.
"Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'.
"Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.
"Saya gemar mengembara, dalam dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja," luahnya dalam kenyataan tersebut.
Sungguhpun begitu, Malique dalam kenyataanya itu turut menuntut keadilan dari pihak kerajaan supaya dia dibicarakan dahulu sebelum mengambil keputusan yang dianggap drastik sebegitu.
Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu.
Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.
Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.
oleh : http://www.murai.com.my
0 comments:
Post a Comment