Wah bangga betul Dewi Persik mengaku masih dara....eeeemmmm... mungkinkah sebab sekarang ni susah nak mencari gadis yang masih dara????kalau betul sebab apa macam tu ye???? 'JAW' (Journey Anak Watan) pun no comment hahaha.....tapi hasil dari berbual dengan ramai kawan (lelaki)...mereka selalu highlight kan ni : "kalau nak kawin baik kau cari awek dari sekarang (secepat mungkin) dan kau jaga betul-betul baru nanti kawin tak menyesal....sekarang susah nak cari dara bro" itu kata mereka....tapi kata anda?????bagaimana???hehe
kupasan menarik di bawah :
JAKARTA: Penyanyi dangdut, Dewi Persik atau lebih dikenali sebagai Depe, sering dikaitkan dengan berita sensasi.
Hampir setiap tindak-tanduknya mencetuskan kontroversi. Walaupun begitu, Depe mengaku amat menjaga keperawanannya kerana baginya ia sesuatu yang suci.
“Saya bangga dapat memberikan keperawanan kepada suami. Itu bermakna saya mentaati ajaran agama,” katanya kepada detikhot, semalam.
Depe sebelum ini memang sudah bergelar janda selepas bercerai dengan Saipul Jamil. Selepas perceraian itu, ada khabar angin mengatakan dia berkahwin dengan kekasihnya, Jusuf Ferry Dzaatz. Bagaimanapun, Depe menafikan dakwaan itu. Belum pun berita mengenai perkahwinan itu reda, Depe mengaku pula menikah dengan Aldi Taher pada Julai 2008. Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila dia kembali menyandang status janda pada November 2009. Sebelum ini, Depe dilaporkan melakukan pembedahan dara. Dia mengaku tidak peduli dengan kontroversi yang timbul ekoran berita sensasi yang dikaitkan dengan dirinya.
Apa yang penting buat penyanyi dangdut itu yang digelar Goyang Gergaji ialah menjaga keperawanannya.
“Memelihara keperawanan itu bererti menjaga akhlak yang suci dan kesempurnaan iman,” kata Depe. - Detikhot
info dari : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment