Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Saturday, 7 April 2012

Program Jelajah Janji Ditepati (JJD)

Bagus juga ada program begini...rakyat untung,pemimpin pun untung.....


berita selanjutnya di bawah:





BATU PAHAT: Kira-kira 100 peniaga pada program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Stadium Batu Pahat, di sini, turut menerima durian runtuh hasil penganjuran program berkenaan, semalam.
Peniaga yang ditemui bersyukur kerana JJD berjaya menjana pendapatan sampingan untuk mereka.

Peniaga, Haslina Mat Jelis, 37, berkata, keluarganya yang berniaga pasar malam di sekitar daerah ini gembira apabila dimaklumkan Batu Pahat dipilih lokasi penganjuran JJD.
“Gerai kami yang menjual makanan ringan dan minuman tidak lekang dikunjungi pengunjung sejak awal pagi.

“JJD bukan saja merapatkan hubungan antara rakyat serta pemimpin, malah memberi peluang kepada peniaga melipatgandakan pendapatan,” katanya.

Peniaga beg dan aksesori, Mohd Zulfahmi Said, 21, berkata, sejak berniaga lima tahun lalu, dia dan rakan kongsi belum pernah menerima pengunjung sebegitu ramai sehingga mencecah puluhan ribu.
“Daerah ini memang menjadi tumpuan pengunjung khasnya pada hujung minggu, namun penganjuran program seperti JJD menyebabkan pengunjung bertambah berkali ganda.

“Sebagai peniaga, ini masa paling sesuai untuk kami menambah pendapatan. Kami harap lebih banyak program seperti ini dianjurkan di sini pada masa depan,” katanya.


0 comments:

Post a Comment