PENGUMUMAN !!! kepada semua lelaki, kini peluang terbuka kepada anda untuk memikat Sandra Dewi. Hehehehe... dengar cerita Sandra nak kawin so kepada sesiapa yang berkenaan silalah segera berbuat demikian haha...peluang hanya sekali------ 'JAW' hanya mampu melihat sahaja huhu
Berita selanjutnya di bawah :
JAKARTA: Tidak dinafikan pada usianya sekarang Sandra Dewi ingin segera memiliki pasangan hidup. Namun, hingga saat ini belum ada jejaka yang berjaya menambat hatinya.
“Saya ingin sekali berkahwin tetapi belum ada calonnya.
“Mungkin kerana saya agak memilih dan susah untuk menyukai seseorang,” katanya. Sandra, 29, yang ditemui di Studio Indosiar semalam menafikan jadualnya yang padat menyebabkan dia sukar bertemu dengan jejaka sesuai kerana tidak punya masa untuk bergaul.
“Sejak dulu lagi saya memang komited dengan pekerjaan, justeru tiada masa untuk berhibur bersama teman. Sandra berkata, keluarga tidak pernah mendesaknya untuk segera berkahwin kerana kebanyakan anggota keluarganya lambat berumah tangga.
Sebelum ini Sandra mengakui pernah menetapkan umur tertentu untuk menikah, tetapi jodohnya belum sampai.
“Dulu saya pernah menetapkan usia tertentu untuk menikah tetapi belum ada rezeki dari Tuhan,” katanya. - KL
info dari: http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment