BANDA ACEH: Dua gempa bumi kuat yang berlaku selang beberapa minit menggegarkan Aceh, menyebabkan penduduk bertempiaran menyelamatkan diri dengan menaiki kereta dan motosikal, menuju ke tempat tinggi.
Bagaimanapun, tsunami dan kerosakan besar tidak berlaku.
Kejadian itu juga menyebabkan sebahagian besar negara yang menghadap Lautan Hindi mengeluarkan amaran tsunami tetapi menariknya balik selepas beberapa jam kemudian.
Di Aceh, wanita dan kanak-kanak menangis kerana ketakutan dan cemas. Kira-kira 170,00 penduduk wilayah berkenaan mati akibat tsunami pada 2004.
Di Aceh, wanita dan kanak-kanak menangis kerana ketakutan dan cemas. Kira-kira 170,00 penduduk wilayah berkenaan mati akibat tsunami pada 2004.
Sambil bertakbir ‘Allahu Akbar,’ mereka bergegas keluar, berpusu-pusu menuju ke tempat selamat.
Dan seorang pengunjung sebuah hotel dikatakan cedera ringan selepas dia terjun menerusi tingkap untuk menyelamatkan diri.
Gempa bumi pertama berukuran 8.7 magnitud sementara yang kedua, 8.2.
Ia mula berlaku pada jam 4.38 (waktu Malaysia).
Keseluruhan Laut Hindi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tidak lama selepas itu.
Gegaran pertama itu dirasakan di beberapa negara, termasuk Malaysia, Thailand dan Singapura dan kawasan selatan India.
Sebahagian penduduk Aceh tidak mempercayai apa yang berlaku.
“Apa dosa kami sehingga kami ditimpa bencana seperti ini?” tanya Aisyah Husaini, 47, sambil menangis.
Ibu bapa dan seorang anaknya terbunuh apabila tsunami melanda wilayah itu pada 2004.
“Saya takut. Saya tak mahu kehilangan keluarga lagi,” katanya sambil memegang erat dua anaknya di Masjid Baiturrahman, tempat di mana ratusan penduduk berlindung.
Tetapi, sehingga lewat malam tadi, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilapor berlaku. - AFP
Penduduk panik, jalan raya sesak
JAKARTA: Suasana panik melanda wilayah Aceh semalam selepas gempa sekuat 8.7 magnitud disusuli dengan lima gempa susulan menggegarkan rantau itu.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gempa pertama amat kuat dan berlaku kira-kira 10 minit, menyebabkan penduduk bertempiaran menyelamatkan diri, berlari menuju ke kawasan tinggi kerana bimbang tsunami berlaku.
Berikutan gempa itu, bekalan elektrik dan komunikasi terputus sementara jalan raya sesak dipenuhi kenderaan.
Suasana menjadi semakin cemas apabila siren amaran tsunami dikeluarkan seiring dengan suara azan yang berkumandang dari masjid. - ROL
berita dari : http://www.hmetro.com.my

0 comments:
Post a Comment