gambar hiasan dari : nh-photo.blogspot.com
Sekarang nie ramai betul yang minat memancingkan?? 'JAW' (Journey Anak Watan) pun turut tak terlepas dari mengikuti hobi memancing nih. Memang best tapi langkah keselamatan perlu dijaga ye..jangan semberono nanti padah dekat diri.... sekarang bnyak isu kapal/bot/sampan karam. So sebelum keluar ke laut/sungai/tasik sila beringat. (BERINGAT SEBELUM KENA) ok :)
baca berita lanjut di bawah :
Berita 1: 8 sahabat karam
PELABUHAN KLANG: Kegembiraan lapan sahabat memancing di kawasan perairan Selat Md Zain, Pulau Ketam, di sini, bertukar tragedi apabila sampan dinaiki dilanggar bot nelayan dalam kejadian cuaca gelap dan berkabus, pagi semalam.
Rempuhan kuat kira-kira jam 5 pagi itu mengakibatkan lapan pemancing berkenaan tercampak ke dalam laut dan sehingga lewat petang semalam, seorang daripada nelayan berkenaan masih belum ditemui.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, semua mangsa terbabit dalam sampan sebelum dirempuh bot nelayan.
Berita 2: Terjun laut - Kapten patah balik cari kru
Oleh Mary Victoria Dass
Difahamkan, ketika kejadian jam 4 pagi kelmarin di kedudukan 2.3 batu nautika barat laut Tanjung Kapal di Kota Tinggi dekat sini, kedua-dua mangsa bertugas di kapal tunda Marine 24 sebelum kapal itu dimasuki air akibat bocor. Biarpun pantas memberi arahan menyelamatkan diri sebelum terjun ke dalam laut, kapten terbabit, Zainal Abidin, 35, terkilan apabila mendapati krunya, Syed Mohd Yazid, 20, hilang.
Zainal dan Syed dikatakan terjun ke dalam laut dan berenang menuju pantai, namun tidak lama kemudian Zainal mendapati Syed tiada di belakang menyebabkannya berpusing semula ke arah kapal bagi mengesan anak kapalnya, namun gagal kerana cuaca ketika itu buruk termasuk angin kencang dan ombak besar.
Syed berasal dari Kota Tinggi yang juga anak sulung daripada empat beradik gagal dikesan hingga jam 6 petang semalam biarpun pelbagai usaha dilakukan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan orang ramai mengesannya. Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan APMM, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, Maritime Rescue Sub-Coordination (MRSC) Johor Wilayah Selatan dihubungi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tampoi di sini, memaklumkan kejadian itu, jam 8.20 pagi kelmarin.
“Hasil maklumat diterima itu, kami menggerakkan dua bot ke lokasi.
“Ketika itu, kami dimaklumkan kapten kapal tunda Marine 24 iaitu Zainal menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai berhampiran manakala krunya, Syed, masih hilang. “Kami percaya mereka berdua nekad terjun ke laut selepas gagal mengawal kebocoran kapal dan kami kini berusaha mencari mangsa menggunakan dua bot serta bantuan masing-masing satu bot PGM serta Bomba dan Penyelamat,” katanya, semalam.
Menurutnya, sehingga jam 6 petang semalam, mangsa masih belum ditemui dan usaha diteruskan hingga hari ini sekiranya keadaan memerlukan. “Berikutan itu, kami menasihatkan bot kecil sentiasa berwaspada dan memakai jaket keselamatan memandangkan cuaca tidak menentu termasuk angin kencang dan merbahaya melakukan aktiviti di laut,” katanya.
info dari : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment