Siti Maimunah atau lebih dikenali sebagai Joy kini sudah dikenalai sebagai Muhammad Prawirodijoyo... emmm teknologi dan kepakaran berjaya memenuhi hasrat Joy menjadi lelaki. Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang. fuhh!!!!
JAKARTA: Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam.
Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang.
Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang.
“Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil,” kata Darwito.
“Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil,” kata Darwito.
Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar.
“Pemeriksaan ultrasound juga menunjukkan dia mempunyai testikel tetapi tidak normal,” katanya.
Pembedahan itu dijalankan dalam dua peringkat.
Semalam, pakar bedah melakukan uretroplasti untuk membuat saluran kencing baru di bahagian bawah zakarnya.
Pembedahan kedua akan dilakukan enam bulan selepas pembedahan pertama dengan pakar bedah berharap dapat mencantumkan saluran kencing baru pada hujung zakar Joy.
Dia menjadi tajuk akhbar apabila mengemukakan petisyen untuk menukar jantinanya dari wanita kepada lelaki tahun lalu.
Mahkamah Semarang meluluskan permohonannya 27 Disember lalu, apabila usianya genap 19 tahun. - JP

berita dari : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment