Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Monday, 30 April 2012

Journey Ke MPK Mixed Triples International Open Championship 2012





Alhamdulillah, kerana masih berkesempatan untuk berkhidmat untuk UITM, kali ini semboyan telah berbunyi untuk menyertai Kejohanan Terbuka MPK dari Kak ShiemMPK Mixed Triples International Open Championship 2012 di 'Bayuemas Bowls Indoor Stadium' akan menjadi medan khas untuk beradu kekuatan disamping mengharumkan nama UITM di persada mata dunia. Insyaallah jika ini rezeki yang ditentukan tuhan, akan menjadi turning point untuk mengorak langkah yang lebih baik dengan mendapat kedudukan yang baik. So diharap rakan blogger,facebook, pembaca Journey Anak Watan untuk sama-sama mendoakan kejayaan pasukan UITM dan pasukan Malaysia yang menyertai kojohanan ini. Jangan lupa untuk mengikut kisah-kisah sepanjang pertandingan. Kali ini Journey Anak Watan akan berusaha mendapatkan liputan sebaik mungkin. Nantikan video dan gambar hasil dari pertandingan ye!! :) 




1) mpk mixed triples international open (day 1)
2) mpk mixed triples international open (day 2) part 1
3) mpk mixed triples international open (day 2) part 2
4) mpk mixed triples international open (day 4) part 1
5) mpk mixed triples international open (day 4) part 2
6) mpk mixed triples international open (day 4) part 3

Bieber Oh Bieber



Terlajak perahu boleh diundur
, Terlajak kata buruk padahnya.  hehe... well read the article below :)


LONDON, (AFP) - Canadian popstar Justin Bieber on Monday tweeted his love for Indonesia, after enraging fans in the world's fifth most populous nation by referring to it as "some random country".
"One rumor I wont stand for is saying what me and my fans have isnt real. Indonesia I see you. i love u. I love ALL MY FANS," a post on the official @justinbieber Twitter account said.
Fans in Indonesia -- a country of 240 million people with the third-largest Facebook community in the world and the fifth-biggest number of Twitter accounts -- were angered on hearing how Bieber had referred to their nation.
"I was in some random country," British tabloid Daily Mirror quoted the 18-year-old as saying last week, when explaining where one of his new tracks was produced.
His manager, Scott "Scooter" Braun, interjected and informed him it was produced in Indonesia, the report said.
Fans, or "Beliebers", in the Southeast Asian country, where he performed a sell-out concert in April last year, demanded the young star apologise.
Bieber has a sizeable following in Indonesia, with nearly 20,000 followers on the Bieber Indonesia Twitter account and around 45,000 "likes" on the Justin Bieber Indonesia Facebook page.
Kiss 105 FM, an Indonesian radio station popular with teenagers, stopped playing Bieber's songs starting Friday.
"Our country has a name, we are not just some random country so we are certainly offended. What he said was inappropriate," the station's manager Beldi Dimardi Abas told AFP.
"Some fans were so upset they had unfollowed or blocked his account. We appreciate that he said he loved Indonesia in his last Tweet, but we still think he should apologise."
Popular Indonesian singer Syahrini also called for an apology, news website tribunnews.com reported.
"Which citizen likes his or her country to be insulted? I love Indonesia. Let's create a good image for our beloved country," she said.
Friday, 27 April 2012

Lawn Bowls Mix Triples Open UITM, Melaka part 2

sambungan dari lawn bowls mix triples open uitm melaka part 1

















Lawn Bowls Mix Triples Open UITM, Melaka

Tamat sudah game di Melaka pada ahad yang lepas... terbaiklah game di melaka walau padang agak menggila...hehehe... tapi yang penting layanan urusetia dan jamuan yang diadakan memang terbaik...terlepas jugak kempunan tuk makan nasi impit buatan orang melaka. hehe kenyang dan puas hehe... tapi sempat jugak shoot untuk dikongsi bersama pembaca Journey Anak Watan. so journey di melaka diakhiri dengan pingat 3 bersama dengan uitm kelantan...hehe..TERBAIK!!!





















sambungan seterusnya lawn bowls mix triples part 2

Cuti mid sem dah habis !!!





yeah!! akhirnya sempat jugak update entry...hehe .... besalah bila time cuti masa inilah digunakan untuk berehat bersama keluarga dan rakan di kampung...betul tak?? kalau boleh segala masalah-masalah di universiti nak buang jauh-jauh tak nak bawa balik rumah.... all the gajet dan internet kalau boleh taknak langsung. sebab boleh cacatkan percutian....


Tapi cuti kali nih tak rasa seperti cuti, almaklumlah keja melambak nak diselesaikan. Alhamdulillah tugas untuk program bersama dutch lady dah membuahkan hasil bila mereka pun bersetuju untuk bekerjasama. walaupun terpaksa terkejar-kejar call merata dalam cuti tapi bisalah bila kita diberi tanggungjawab kenalah buat kalau tak nanti jawab lah dalam kubur...hehe


banyak sebenarnya nak diselesaikan tapi biarlah dulu semuanya diselesaikan di fakulti. apa guna cuti kalau minda dan fizikal masih tak bercuti hehe...dalam seminggu nih banyak perkara dah dilakukan, game di melaka dah selamat diharungi. kadang-kadang terpikir jugak, kawan yang lain-lain sedap je rehat tapi kita masih terkial-kial dengan program yang bermacam. tapi apa nak buat, dah itu kita tugas dan komitmen kita..walaupun berhujan dan berpanas game tuh memang berlangsung dengan jayanya walaupun kalah di separuh akhir dengan team coach terulung Pn.Haslah...hehe...well lot of knowledge yang digarap sepanjang berlangsungnya game tersebut. selesai sahaja game, terus balik penang walau pun penat yang agak extreme ,diri tetap juga mengharungi liku-liku sepanjang tol utara-selatan tuh. walaupun penat dan agak sedikit mengantuk alhamdulillah dapat juga sampai penang tepat pada masa. kali nih dah set in mind untuk drive kereta dengan berhemah biasalah baru ja kena saman ekor hehehe....


rutin yang tak terlepas ialah latihan 'lawn bowls'. baru ja habis game di melaka terpaksa install new performance dan semngat baru untuk game seterusnya yang akan berlangsung pada minggu hadapan. game seterusnya akan berlangsung di bayuemas klang. game yang dianjurkan oleh MPK diharap menjadi turning point untuk strive gold kerana game nih dianggap paling eksklusif kerana penglibatan banyak negara luar. so disamping membawa nama UITM, kami juga membawa nama malaysia... so kenalah tunjukkan the best performance kan...


tapi yang paling penting sekali cuti bersama keluarga merupakan aktiviti paling best sekali. yelah jarang jumpa kan, sekurang-kurangnya dapat memberi semangat baru untuk belajar... tak sabar nak tunggu cuti yang seterusnya :)
Saturday, 21 April 2012

Petua elak zina


KUALA LUMPUR: Kegagalan memenuhi keinginan batin kerana suami dan isteri jarang bertemu atau tinggal berjauhan boleh mendatangkan tekanan, sekali gus mendorong kepada penurunan prestasi kerja dan kualiti hidup.
Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan beberapa alternatif dalam usaha membantu memberi kelegaan kepada pasangan terbabit.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby berkata, antara alternatif dicadangkan ialah melakukan masturbasi atau onani iaitu satu cara seseorang lelaki atau perempuan mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks.
“Daripada segi pandangan perubatan moden, onani selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu berasa bersalah atau tertekan selepas onani.

“Malah, kajian menunjukkan 40 hingga 95 peratus mengamalkan masturbasi tanpa mengira jantina dan status perkahwinan,” katanya ketika dihubungi.

Dr Ismail berkata, bagi pasangan berkahwin, amalan itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan zina dan cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV.
Katanya, pasangan terbabit juga perlu bijak menguruskan masa supaya masa untuk bersama ketika bertemu seminggu sekali digunakan sebaik-baiknya. Paling penting, ambil tahu bila isteri datang haid supaya anda tidak kecewa ketika pulang.

“Bagi lelaki yang mengalami masalah hiper seksualiti atau ‘nafsu kuda’ iaitu keinginan membuak-buak untuk melakukan hubungan seks tanpa mengira waktu, anda tidak digalakkan tinggal berjauhan dengan isteri.
“Walaupun dalam keadaan keletihan, mereka masih mahu melakukan hubungan seks. Malah, ada yang melakukannya sehingga tiga kali sehari! Ini sejenis penyakit mental dan memerlukan rawatan doktor,” katanya.

Dr Ismail berkata, pasangan normal akan melakukan hubungan seks dua hingga tiga kali seminggu dan bergantung kepada selera dan keinginan masing-masing.


berita dari : http://www.hmetro.com.my


Bapa tidur, bayi dibaham anjing

banyak betul kisah mengenai dibaham anjing nih....link di bawah merupakan link dari siri serangan anjing...


anjing baham budak
3 anjing liar baham budak


kali ini kisah bayi yang dibaham pulak....sedih betul bila baca....kepada sesiapa sahaja yang ada membela anjing dan haiwan-haiwan yang lain...tolonglah jaga haian peliharaan anda dengan baik...kita tak mau kejadian yang sama akan berlaku lagi...




berita selanjutnya di bawah :


RIDGEVILLE: Seorang bayi berusia dua bulan mati selepas dibaham anjing peliharaan keluarganya ketika bapa nyenyak tidur dan ibu di klinik bersama-sama seorang anak yang lain.
Aiden Lee McGrew yang dilahirkan pada Hari Valentine, dibaham hingga satu anggota tubuhnya putus di rumahnya di Dorchester County.

Aiden berada di dalam buaian sementara bapanya lena bersama anaknya yang lain. Ibu bayi malang itu, Chantel McGrew memberitahu polis, dia pulang dari temujanji di klinik dan menemui bayinya yang berlumuran darah terbaring di lantai dengan kakinya terputus.
Polis berkata, anjing itu yang baru saja dipelihara oleh keluarga itu kini dikurung di balai polis sementara menanti hasil siasatan. - Agensi

berita dari : http://www.hmetro.com.my

Kepala pelakon masih dicari





masih ingat berita tentang kes bintang bollywood semalam, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu. kalau tak tahu boleh klik di sini pelakon jadi pembunuh


sampai hari ini kepala aktres tersebut masih belum ditemui lagi....


baca cerita selanjutnya di bawah :


MUMBAI: Polis masih mencari kepala aktres Bollywood, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu.
Pelakon berusia 26 tahun itu didakwa diculik oleh pasangan Preeti Surin dan kekasihnya, Amit Jaiswal yang menuntut bayaran tebusan sebanyak 1.5 juta rupi (RM89,000).

Pasangan itu kemudian memberi amaran kepada ibu Meenakshi bahawa aktres itu akan dipaksa berlakon dalam filem porno jika wang tebusan itu tidak dibayar.
Ibu pelakon itu dilapor membayar 60,000 rupi (RM3,700) tetapi aktres berkenaan dibunuh dan dipenggal.

Anggota tubuhnya dibuang ke dalam tangki najis sementara kepalanya dicampak dari sebuah bas di jalan raya menuju ke Mumbai.

Meenakshi berkenalan dengan pasangan itu ketika berlakon dalam filem barunya, ‘Heroine.’ Jaiwal dan Surin ditangkap kerana menyimpan kad SIM telefon bimbit pelakon dan mereka mengaku membunuh Meenakshi. - Agensi

berita dari : http://www.hmetro.com.my
Friday, 20 April 2012

Pelakon jadi pembunuh



ALLAHABAD: Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam.
Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu.

Menurut polis, motif di sebalik insiden itu adalah mahu mendapatkan wang tebusan.
Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine.

Dalam filem itu, Meenakshi diberi peranan kecil. Ibu Meenakshi dipercayai membayar 60,000 rupee (RM3,534) untuk membebaskannya tetapi wang berkenaan gagal mengembalikan aktres terbabit kepada keluarganya.

Polis berkata, Meenakshi dicekik di hotel penginapan mereka dan mayatnya - kecuali bahagian kepala - dibuang dalam tangki air.
Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai.

Penyiasat daripada Bahagian Jenayah Polis Mumbai menemui mayat Meenakshi di rumah disewa Preeti di Allahabad, Rabu lalu.
Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada.

“Suspek percaya Meenakshi adalah anak orang kaya kerana gaya hidupnya yang mewah walaupun tidak mendapat peranan utama dalam sesebuah filem.

“Meenakshi pula berjaya menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga sederhana,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menculik Meenakshi dan menuntut tebusan bernilai 1.5 juta rupee (RM88,372).

Bagaimanapun, katanya, suspek memang tidak bercadang membebaskan Meenakshi kerana mangsa sepatutnya dibunuh sebaik saja bayaran dibuat.

Setakat ini, Meenakshi belum pernah diberi kepercayaan membawa watak besar dalam filem.

Dia diberi peranan kecil dalam filem seram, 404, tahun lalu, selain muncul beberapa kali sebagai model iklan.

Polis berkata, ketika menuntut tebusan daripada ibu Meenakshi, Amit dan Preeti mengugut untuk menghasilkan filem lucah aktres berkenaan, selain mengambil kad bank mangsa. “Selepas ibu Meenakshi memasukkan sebahagian wang ke akaun Meenakshi, mereka membunuhnya.

Pasangan itu menyangka mereka berjaya melupuskan semua bukti pembunuhan.

Bagaimanapun, mereka melakukan kesilapan apabila Amit menyimpan kad SIM telefon bimbit Meenakshi.

Polis berjaya mengesan mereka melalui kad berkenaan. - DM

berita dari : http://www.hmetro.com.my


Pilot pengsan, pesawat terbang 3 jam sebelum terhempas


pengalaman yang ngeri bagi sesiapa sahaja... bagaimana saatnya bila kita yang berada di dalam kapal terbang tuh???dalam perasaan suka bercuti tiba-tiba kita diberitahu pilot kapal terbang terbabit pengsan...apa tindakan kita????

berita selanjutnya di bawah : 

TELUK MEXICO: Seorang juruterbang yang tidak sedarkan diri dalam pesawat persendirian kecil terbang mengelilingi Teluk Mexico selama tiga jam semalam.
Pesawat itu dibayangi dua jet tentera Amerika Syarikat sebelum kehabisan bahan api dan terhempas lalu tenggelam ke dasar laut, kata pihak berkuasa.

Pengawal pantai AS menghantar sebuah pesawat, helikopter dan kapal Pengawal Pantai ke tempat kejadian, kira-kira 222 kilometer di barat Tampa, Florida, tetapi juruterbang terbabit tidak muncul daripada pesawat yang tenggelam itu, menurut jurucakap Pengawal Pantai, Elizabeth Bordelon.
Pesawat Cessna dua enjin itu mendarat perlahan dan terapung seketika, tetapi kemudian tenggelam dalam teluk itu, di mana airnya mempunyai kedalaman 457 meter. - Reuters

berita dari : http://www.hmetro.com.my

Lelaki pertama hamil di dunia tak serumah dengan isteri







fuhh macam-macam ye di dunia ini....... kadang-kadang tak tercapai akal ku...hehehe

baca selanjutnya di bawah :


HONOLULU: “Lelaki” pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.
Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.

Pengakuan Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.
Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.

“Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan,” katanya.

Beatie - lahir sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino - menjadi perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.
Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.

Selepas bertemu Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.
Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.

Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki. - DM

berita dari : http://www.hmetro.com.my

‘Ranking penting’-kedudukan Malaysia merosot ke tangga 156 dunia





semestinya 'rangking penting' kan???? tapi kita sebagai rakyat malaysia seharusnya menyokong pasukan kita walau apa saja keadaan.....yang nie namanya semangat MALAYSIA BOLEH !!! ...ayuh sama-sama kita sokong pasukan MALAYSIA!!!!!


baca selanjutnya di bawah :


Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.co.my



“RANKING penting untuk pemain dan juga maruah negara,” demikian tegas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berharap skuad kebangsaan berusaha memperbaiki ranking selepas kedudukan Malaysia merosot ke tangga 156 dunia.
Beliau berkata, semua pemain dan pihak pengurusan perlu sedar betapa kedudukan Malaysia dalam ranking Fifa memberi implikasi kepada perkembangan bola sepak tanah air.

“Pemain dan jurulatih perlu tahu implikasi ranking, kalau kita tak berada di tangga 100 ke atas, pemain kita mungkin tidak dapat beraksi di Eropah pada masa depan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai senario terkini ranking negara itu.
“Memang ranking kita tak boleh jangka, walaupun kita menang bermain di peringkat Asean, ranking kita masih tidak meningkat kerana kita tidak bermain menentang pasukan yang memiliki ranking lebih baik daripada kita.

“Pasukan yang memiliki ranking lebih baik daripada kita pastinya mahu bermain dengan pasukan di ranking atas kerana mereka juga mahu meningkatkan ranking. Di sini kita kena faham bahawa hanya pasukan yang ranking di bawah yang mahu bermain dengan kita sebab mereka mahu naikkan ranking.

“Suka tak suka, kita kena main dengan pasukan yang memiliki ranking lebih baik dan kalau boleh kita perlu menang. Pemain kena berlatih dengan bersungguh-sungguh kerana kalau kita bermain dengan pasukan lebih baik daripada kita, jika kalah tidak ada maknanya,” kata Tengku Abdullah kepada pemberita selepas melancarkan produk terbaru mesin senaman Power Plate My7 di ibu negara semalam.
Turut hadir, Pengarah Urusan UFL Sdn Bhd, Datuk Radha Krishnan, Pengurus Asia Pasifik Power Plate International, Erica Minter, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi dan Pengarah Eksekutif UFL, Datuk Abd Malek Noor.

Bagaimanapun apa yang disuarakan Tengku Abdullah itu tampak bercanggah dengan kenyataan pegawai badan induk itu sebelum ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal tidak panik dengan kedudukan terbaru Malaysia di tangga ke-156 dunia, penurunan paling buruk sejak Januari lalu, berbanding 148 apabila menganggap ranking tidak penting kerana ia tidak menggambarkan kekuatan sebenar Harimau Malaya.

Menurut Tengku Abdullah, beliau berharap skuad kebangsaan mampu memperbaiki ranking dengan menduduki 10 pasukan terbaik Asia biarpun mengakui sasaran sebelum ini tidak mencapai sasaran seperti diharapkan.

“Kita memang nak cuba buat sasaran tapi nampaknya hanya Piala Asia, Sukan Sea dan Piala AFF yang menjadi kayu pengukur. Kalau boleh kita tingkatkan, Jika boleh, duduki tangga ke-10 terbaik Asia dulu. Kalau saya cakap nombor satu Asia susah pula tapi memang itu hasrat kita, nak naikkan mutu bola sepak. Apapun hakikatnya, pemain dan keseluruhan pasukan mesti berusaha keras,” katanya.

Malaysia kini menduduki tangga ke-27 daripada 46 negara Asia dan skuad kebangsaan bakal beraksi dalam perlawanan antarabangsa berstatus A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, pada 28 April ini

berita dari : http://www.hmetro.com.my

Ikat Perut Demi Ilmu- USM





terbaiklah.....TAHNIAH!!! kepada Aida Syakila Ishak, 25, graduan Sarjana Kaunseling Universiti Sains Malaysia (USM) dan Norayu Abdul Talib Graduan Sarjana Sains (Rangkaian Komputer Termaju).... Journey Anak Watan akan jadikan kisah akak berdua ini sebagai motivasi untuk berjaya.... :) TAHNIAH !!! sekali lagi..




baca selanjutnya di bawah :


Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GEORGETOWN: “Ini program baru dan tiada pelajar senior untuk meminjam buku atau bahan lain, jadi kami terpaksa ‘ikat perut’ bagi memastikan dapat membeli bahan ilmiah,” kata Aida Syakila Ishak, 25, graduan Sarjana Kaunseling Universiti Sains Malaysia (USM) yang berjaya menamatkan pengajian.
Menurut anak jati dari Jitra, Kedah itu, masalah kewangan di kalangan pelajar bukan perkara baru, malah mereka terpaksa berjimat bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan.

Katanya, dalam jurusan baru diwujudkan itu, hanya ada tujuh pelajar saja mengikutinya sebagai pelajar terawal.
“Selepas membayar yuran kira-kira RM4,000, saya buntu kerana tidak mempunyai wang selain lewat menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Bagaimanapun, berkat kesabaran dan sikap tidak mudah putus asa, saya akhirnya berjaya menamatkan pengajian ini,” katanya ketika ditemui di USM, semalam.

Aida Syakila bersama rakannya menerima ijazah sarjana masing-masing hari ini pada Majlis Konvokesyen USM ke-45, di sini.
Selain Sarjana Kaunseling, program baru lain yang turut menerima ijazah sarjana ialah Sains Kemasyarakatan dengan seorang penerima manakala Sarjana Sains pula seramai dua orang, sekali gus mencipta sejarah sebagai graduan sulung dalam bidang itu. Graduan Sarjana Sains (Rangkaian Komputer Termaju) dari Butterworth, Norayu Abdul Talib, 30, berkata, dia bersyukur kerana mendapat bantuan kewangan Fellowship Penyelidikan Siswazah (GRF) RM18,000 serta geran jangka pendek USM berjumlah RM38,000 untuk kegunaannya menyiapkan penyelidikan.

“Ibu hanya suri rumah manakala ayah sudah meninggal dunia empat tahun lalu, jadi pembiayaan itu digunakan sebaiknya,” katanya.

berita dari : http://www.hmetro.com.my

Rempuhan Lori Ais-Tahan Sakit 30 minit-Kepala Batas


Kemalangan nie berlaku di kawasan Permatang Buloh, Kepala Batas....dekat ja dengan rumah.....mintak-mintak semua selamat.....

berita selanjutnya di bawah

KEPALA BATAS: Seorang pemandu lori ais menahan sakit 30 minit akibat tersepit selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Jalan Permatang Buloh, dekat sini, semalam.
Dalam kemalangan jam 3.15 petang, pemandu lori ais terbabit, Mohd Hanif Mokhtar, 30-an, penumpang kereta Perodua Kelisa, Siti Aishah Hamid, 40-an, parah, manakala penunggang motosikal cedera ringan. Sebelum kejadian, Mohd Hanif dalam perjalanan menghala Sungai Dua sebelum merempuh lori Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang membelok ke kanan dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, pemandu lori terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh Perodua Kelisa yang dalam perjalanan ke pekan ini.
Pada masa sama, sebuah motosikal Honda EX5 yang juga dalam perjalanan ke pekan ini tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta berkenaan, namun penunggangnya cedera ringan.

Pemandu Perodua Kelisa, Abdul Halim Nazri, 24, berkata dia bersama ibunya menuju rumah di Taman Haji Abdullah Fahim, dekat sini.

“Ketika tiba di tempat kejadian, saya nampak lori LPP memberi isyarat mahu membelok ke kanan, namun tiba-tiba sebuah lori ais merempuh lori berkenaan dari arah belakang menyebabkan kenderaan itu bergerak lalu merempuh kereta kami.
“Berikutan itu, ibu saya yang duduk di tempat duduk depan cedera di bahu kanan akibat terhentak papan pemuka.

“Pada masa sama, sebuah motosikal dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta kami,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sementara itu, Penyelia Operasi Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Adnan Hashim berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan pemandu lori ais yang tersepit, manakala penumpang Perodua Kelisa yang cedera dikeluarkan kakitangan Hospital Kepala Batas (HKB)


berita dari : http://www.hmetro.com.my

Anjing Baham Budak

lagi kisah mengenai serangan anjing.... kejadian yang sama sebelum ini anjing liar baham budak


CARDIFF: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengerang kesakitan sejurus selepas dibaham seekor anjing bernama Tyson, semalam.
Erfan Ali dikejarkan ke hospital selepas dibaham anjing berkenaan yang melompat pagar setinggi 1.3 meter untuk memasuki perkarangan rumahnya di Cardiff ketika kanak-kanak itu membantu ibunya, Monowara dan kakaknya, Masudah, mengangkat kain jemuran.
Monowara, 37, lari bersama-sama anaknya ke dalam rumah tetapi gagal menyekat anjing itu daripada memasuki dapur dan meneruskan serangan.

Anjing baka Rhodesian Ridgeback itu membaham kedua-dua pipi dan tangan kirinya.

Pemilik haiwan itu, Kevin Large, 27, bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Anjing itu kemudian ditembak mati.

Anjing baka Rhodesian Ridgeback terkenal kerana keberaniannya dan pernah digunakan untuk memburu singa di Afrika.

Seorang hakim memberitahu Large, dia boleh dipenjarakan atas kesalahan gagal mengawal haiwan peliharaannya itu.

Hukuman akan dibacakan pada perbicaraan bulan depan.

Sehubungan itu, Erfan sudah menjalani beberapa pembedahan plastik.

Bapanya, Dilwar berkata: “Parut akibat serangan itu bukan saja berbentuk fizikal. Erfan sentiasa menangis sebelah malam dan tidak mahu tidur bersendirian. Dia kini begitu takut dengan anjing.” - Agensi


berita dari : http://www.hmetro.com.my


Budak 13 Tahun dah mula merogol

alkisah kali ini mengenai seorang budak lelaki yang berumur 13 tahun yang telah merogol seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 8 tahun..... apa nak jadi dengan budak sekarang...kalu kecik-kecik dah mula rogol...besar nanti nak jadi apa ye????kalau perangai budak-budak macam nie....sapa kita nak persalah kan????

berita selanjutnya di bawah :


PADANG BESAR: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya.

berita dari : http://www.hmetro.com.my
Thursday, 12 April 2012

Street Show BOSS (part 4)

Sambungan dari : street show boss part 1
                           street show boss part 2
                           street show boss part 3































Street Show BOSS (part 3)

sambungan dari : street show boss part 1
                           street show boss part 2































sambungan seterusnya  :  street show boss part 4 

Street Show - BOSS (part 2)

sambungan dari street show boss part 1



























Sambungan seterusnya : street show boss part 3
                                     street show boss part 4

Street Show - BOSS (part 1)

Street Show - BOSS untuk drum comp adalah bertujuan untuk menaikkan semangat dan keyakinan players... ramai yang hadir.... tahniah untuk yang hadir menyaksikan persembahan ... jumpa di Pahang ye!!



























Sambungan seterusnya :  street show boss part 2
                                      street show boss part 3
                                      street show boss part 4