Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Saturday, 31 March 2012

Artis Baru Habuan Seks


Waw!! artis baru sekarang dilihat sebagai alat untuk memuaskan nafsu ke??? 'JAW' (Journey Anak Watan) rasa kesal dengan segelintir pengarah/ penerbit yang cuba ambil kesempatan terhadap artis baru nih. Kalau nak tolong biarlah ikhlas, jangan tolong (rosakkan) pulak...adeii...walaubagaimana pun JAW berharap kepada semua artis-artis baru untuk tabah dan jangan mencari jalan mudah untuk menjual tubuh pula nanti kalau terdesak untuk mengejar populariti.... huhu

Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR: Hanya lima hingga 10 peratus artis yang mengalami gangguan seksual sejak terbabit dalam industri seni membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) biarpun jumlahnya dikhuatiri lebih ramai.
Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihaknya sentiasa memantau kejadian sebegitu dan tidak menafikan ia masih berlaku.

Katanya, kebanyakan kes membabitkan artis wanita yang baru mencuba nasib menjadi pelakon atau penyanyi yang diminta habuan seks oleh segelintir pengarah dan penerbit tidak bertanggungjawab.
“Kebanyakan mereka orang baru dalam industri. Ada di kalangan mereka terdesak mengejar cita-cita menjadi artis hingga sanggup menggadai maruah.

“Mereka (pengarah dan penerbit tertentu) pula ambil kesempatan dengan menawarkan watak dalam filem atau drama serta peluang merakamkan album, tetapi dengan syarat serahkan tubuh,” katanya yang juga Ketua Biro Seniman Muda kepada Metro Ahad.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis yang menjadi mangsa diminta segera membuat laporan polis, termasuk dengan Seniman, bagi memudahkan persatuan membuat tindakan selanjutnya.
Menurutnya, Seniman akan memberi bantuan yang difikirkan sesuai, termasuk memberi nasihat berkaitan undang-undang menerusi Penasihat Undang-Undang mereka.

“Mereka juga diminta hantarkan sekali surat aduan atau bukti, jika ada. Kalau tak boleh hantar surat, e-mel saja ke presidenseniman@gmail.com atau dzed.resources@yahoo.com. Ia hanya untuk rekod dan sekurang-kurangnya ada hitam putih.

“Saya tahu ada artis malu dan takut untuk buka mulut. Namun, kes begini perlu didedahkan untuk kebaikan semua pihak, khususnya artis itu sendiri. Setiap kes boleh jadi pengajaran untuk orang lain yang mahu mencuba nasib sebagai artis,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan itu bukan saja menjejaskan nama baik industri hiburan pada mata masyarakat, malah turut merosakkan masa depan artis terbabit, lebih-lebih lagi jika individu itu memiliki gambar atau video lucah artis terbabit.

“Dunia hiburan kita bukan besar sangat. Pusing pusing, mereka akan bertemu kembali. Kadangkala jika artis itu bermasalah dengan mereka, diugut pula akan menyebarkan gambar atau video itu,” katanya.

Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan kini mengumpul bukti.

“Kita tahu siapa mereka. Buat masa ini kita mengumpul bukti sebelum tindakan diambil, termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

info dari :http://www.hmetro.com.my



Monday, 26 March 2012

Anak Bertukar Jadi Ungu

Aduss!! 'JAW' berharap pihak-pihak yang terlibat dalam penjagaan baby nih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perkhidmatan mereka. Tiap-tiap hari ada saja kes mengenai ini, kemarin kes anak dicubit pengasuh, esok apa lagi cerita yang akan keluar. Kepada pusat penjagaan baby tolonglah jaga baby sebaik mungkin. INGAT kalau di dunia anda terlepas, nanti DI AKHIRAT... jawablah!!


SETIA ALAM: “Saya kecewa dengan tindakan pemilik taska yang menuduh kami tidak bertanggungjawab kerana tidak selidik sejarah kesihatan bayi kami sedangkan mereka tidak cuba tolong hantar bayi saya ke mana-mana hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan bantuan kecemasan,” kata Tan Khai Yin, 34, bapa kepada seorang bayi lelaki yang meninggal sewaktu dalam jagaan pengasuhnya di sebuah pusat jagaan harian, di sini, Jumaat lalu.
Ibu mangsa, Tai Loon Eng, 30, terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada pemilik taska berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bergerak dan warna kulit bayinya bertukar menjadi ungu dalam kejadian Khamis lalu.

“Kira-kira jam 2.15 petang, pemilik taska menghubungi saya dan memaklumkan bayi saya, Tan Yan Xue, berusia 3 bulan tidak menunjukkan sebarang tanda bernafas. Saya kemudian bergegas ke taska itu dan sewaktu dalam perjalanan saya menghubungi ambulans serta seorang jiran.
“Saya minta tolong jiran periksa bayi saya terlebih dulu, sementara saya pula bergegas dari tempat kerja di Glenmarie. Tetapi apabila tiba, bayi saya masih tidak sedarkan diri dan berada di taska itu,” katanya.

Tai dan suami pada mulanya menyangka anak sulung mereka itu meninggal dunia akibat tercekik susu kerana kesihatan anaknya baik pada pagi sebelum kejadian.

“Walaupun punca kematian masih belum diketahui, tapi kami berasa ada sesuatu yang mencurigakan berlaku terhadap bayi kami,” katanya.

Paksa Murid Cium Kaki-MANAMA

gambar hiasan dar : belajarterusbelajar.blogspot.com


'JAW' ingin berkongsi kisah di Manama, di mana seorang murid telah dipaksa cium kaki gurunya hanya disebabkan perbezaan agama. What!!?? 'JAW' geram bila dengar isu nih, yelah kalu sebagai hormat macam sesetengah adat kira ok lah kan....tapi disebabkan diskriminasi seorang guru terhadap muridnya, dan juga kerana perbezaan agama??Tak leh terima langsung...kita sekarang di abad yang moden dan seorang guru sepatutnya boleh berfikir matang dan WARAS kan???


MANAMA: Seorang guru digantung selama seminggu selepas dia dilaporkan memaksa seorang murid mencium kakinya sebagai menghormatinya.
Pihak pentadbir sekolah turut memutuskan untuk menggantung gaji guru terbabit bagi minggu itu ekoran insiden berkenaan, kata pengetua sekolah itu kepada Kementerian Pelajaran Bahrain selepas dia dipanggil untuk menjelaskan mengenai insiden itu.

Murid berusia empat tahun itu dipindahkan ke kelas lain bagi mengelak berurusan dengan guru itu. Kementerian Pendidikan menghadapi tekanan menerusi laman sosial Internet supaya mengambil tindakan tegas terhadap guru itu dan sekolah berkenaan.
Guru itu dikatakan bertindak demikian kerana mempunyai fahaman berbeza dari segi agama. - GN

Bangkai Anjing Jadi Hadiah

gambar hiasan dari : mellbiruu.blogspot.com
'Journey ' kali ini 'JAW' melihat entry kali agak sadis ye apabila demokrasi tidak dianggap penting... malas nak comment banyak...sadis sadis :(


baca selanjutnya di bawah :



JAKARTA: Rumah pelakon dan juga anggota Parlimen Indonesia, Rieke Diah Pitaloka di lempar dengan bangkai anjing oleh orang yang tidak dikenali.
Perbuatan itu dipercayai kerana Rieke dikatakan tegas membantah keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. 
“Benar, kira-kira jam 10.30 malam tadi ada orang mencampakkan beg plastik ke rumah saya. Beg itu mengandungi bangkai anjing rentung,” katanya.

Rieke yang mewakili Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) berkata ia mungkin disebabkan tindakannyan menentang keras hasrat kerajaan untuk menaikkan harga minyak pada 1 April depan.

Walaupun terkejut, Rieke berkata dia tidak gentar kerana baginya ia hanya risiko kecil dalam usahanya membantu rakyat. - Agensi  

Status Lelaki Miss Vancouver Dibatalkan??


Hahaha geli hati apabila 'JAW'(Journey Anak Watan) kali ini membaca berita mengenai isu pembatalan penyertaan seorang perempuan eh silap seorang lelaki dari terus menyertai pertandingan Ratu Cantik Vancouver. Malang betul, mati-mati 'JAW' ingat model tuh perempuan kalau dinilai berdasarkan gambar tapi kalau discan terlebih dahulu....fuh!! tak dapat den nak menolong hehe..

berita selanjutnya di bawah : 



VANCOUVER: Pengurusan Miss Universe menggugurkan seorang peserta pertandingan itu, Jenna Talackova, semalam.
Tindakan menggugurkan Jenna daripada menyertai pertandingan ratu cantik itu ialah kerana dia dilahirkan sebagai lelaki. Jenna, 23, berjaya menyertai pertandingan Miss Universe Kanada selepas memenangi pertandingan Miss Vancouver.

Ketika sesi peragaan pakaian renang, pihak juri mendapati terdapat kelainan pada susuk tubuh Jenna.
Sebaik mengetahui Jenna dilahirkan sebagai lelaki, mereka sepakat menggugurkannya daripada menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.

Pihak penganjur bagaimanapun membelanya dengan mengatakan Jenna seorang wanita tulen.

Namun, mengikut peraturan pertandingan yang menekankan setiap peserta perlu dilahirkan sebagai perempuan, maka pihak juri sepakat membatalkan penyertaannya.
“Dia mempunyai naluri seorang perempuan dan dia memang wanita asli. Dia tidak menjangka soal jantina akan menjadi persoalan dalam pertandingan ini,” kata Pengarah Kebangsaan Miss Universe Kanada, Denis Davila.

“Jenna berharap kita dapat memberinya peluang untuk dia bersaing dalam pertandingan itu, tetapi mengikut peraturan, dia tidak layak untuk kembali bersaing,” katanya.

Sementara itu, Jenna turut memberi ulasan mengenai pengggugurannya daripada menyertai Miss Universe melalui Youtube. Jenna menceritakan sejarah hidupnya yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi mengubah jantinanya kepada perempuan.

Jenna berkata dia merasakan dirinya sebagai perempuan sejak berusia empat tahun. Dia mendapatkan suntikan hormon ketika berusia 14 tahun. Ketika berusia 19 tahun pula, Jenna memutuskan untuk menjalani pembedahan jantina. - DM

dari : http://www.hmetro.com.my

3 Anjing Liar Baham Budak





'JAW' banyak kali mendengar cerita mengenai anjing liar yang sering kejar pejalan kaki terutama di Kepala Batas. Kejadian ini seharusnya dianggap serius kerana mampu mengancam nyawa seseorang. PERINGATAN kepada pemilik yang memiliki haiwan peliharaan seperti anjing supaya menjaga haiwan ini sebaik mungkin. Kerana kecuaian anda mungkin menyebabkan insan lain menerima padah.


p/s: kalau anjing yang datang macam gambar di atas....fuh!!!... ngeri!!


untuk maklumat lanjut baca info di bawah :



SUNGAI PETANI: “Saya nampak anjing itu membuka luas mulutnya sebelum menyambar kaki kiri saya. Walaupun menjerit meminta tolong, tiada siapa membantu,” kata Muhammad Nabil Amin Abd Wahab,10, yang terpaksa menerima 20 jahitan selepas diserang tiga anjing liar ketika bermain bola di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 6 petang, dia bersama beberapa rakannya bermain bola sepak di Padang Awam taman perumahan itu, apabila tiba-tiba tiga anjing liar menyerangnya dari belakang.

Akibat kejadian itu, Muhammad Nabil yang cedera di kaki kiri dan tangan dikejarkan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.
Muhammad Nabil berkata, ketika kejadian, dia menjadi penjaga gol dan menyedari tiga anjing di belakangnya, namun tidak sempat menyelamatkan diri apabila anjing itu terus meluru ke arahnya.

“Saya sakit kaki akibat terpijak kaca seminggu lalu dan tidak dapat berlari menyebabkan menjadi sasaran tiga anjing dipercayai kelaparan itu. Seekor anjing menyambar kaki kiri menyebabkan saya terjatuh dan sempat menjerit meminta tolong, namun tiada siapa membantu.

“Seekor lagi anjing naik ke atas badan manakala seekor lagi berada di kepala mengawasi pergerakan saya. Nasib baik kejadian dilihat seorang pelanggan kedai makan berdekatan yang datang membantu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Nor Azila Osman, 29, berkata, Muhammad Nabil sudah seminggu tidak bermain bola di padang berkenaan kerana kakinya belum sembuh akibat cedera terpijak kaca ketika bermain bola di padang sama. “Dia tidak boleh berjalan sempurna dan hari ini (semalam) sepatutnya jahitan luka kakinya dibuka, tetapi kelmarin kena tambah jahitan lagi di kaki kiri.

“Kejadian penduduk digigit anjing liar kerap berlaku di perumahan ini. Februari lalu, budak perempuan sekolah rendah berdekatan menerima nasib sama digigit anjing ketika pulang sekolah.

“Saya berharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah itu,” katanya.

dari : http://www.hmetro.com.my

Beckham jual ‘istana’





Yuhooo!!! 'JAW' mengucapkan tahniah kepada Beckham yang telah cuba menjualkan istana miliknya. Kalau diberikan untuk anak-anak yatim lagi best kan??hehe


Baca info selanjutnya di bawah :



LONDON: Mereka menjadikan Los Angeles kediaman mereka sejak lima tahun lalu.
Dan kini, keluarga Beckham membuat keputusan untuk terus menetap di sana dan mahu menjual rumah mereka di Britain yang lebih dikenali sebagai Beckingham Palace.
Menurut penialaian oleh ejen hartanah, rumah agam milik David dan Victoria itu di Hertfordshire, kini berharga kira-kira 18 juta pound (RM88 juta).

Mereka juga membuat keputusan untuk menjual rumah mereka di Perancis yang berharga RM12.2 juta yang akan memutuskan pertalian mereka dengan Eropah.
Pasangan itu yang bernilai RM781 juta, sukakan rumah itu kerana ia menyimpan banyak kenangan indah, tetapi menganggap ia membazir kerana mereka jarang menetap di situ.

Dalam wawancara dengan majalah Vogue tidak lama dulu, Victoria berkata sekiranya dia ke London, dia lebih suka tinggal di Hotel Savoy kerana dia terpaksa menghabiskan masa empat jam pergi dan balik pejabat dari rumahnya.

Sumber berkata, mereka merasakan membazir membiarkan rumah indah itu dibiarkan kosong bulan demi bulan.

Beckham baru-baru ini ditawarkan bermain dengan kelab bola sepak Paris, Saint Germain tetapi kerana tidak mahu berpindah lagi, dia menolak dengan memberi alasan ‘keluarga.’

Sumber itu berkata, “Mereka tidak perlukan wang tetapi kedua-dua rumah itu tidak digunakan lagi dan dalam keadaan ekonomi sekarang, adalah tidak masuk akal untuk membazir wang begitu saja.”

“Keluarga mereka telah menjadikan LA sebagai rumah dan anak mereka pun gembira di sana.”

Pasangan itu membeli Beckingham Palace yang mempunyai laman sebesar 22 ekar pada 1999, tidak lama selepas berkahwin.

Mereka membelanjakan RM88 juta untuk mengubahsuai rumah agam itu termasuk membina antara lain kolam renang dan gimnasium.

Mereka turut membeli sebuah rumah dengan lapan bilik tidur di Perancis pada 2003 tetapi jarang meluangkan masa di rumah itu.

Keluarga Beckham berpindah ke LA pada 2003, supaya David boleh bermain untuk kelab LA Galaxy.

Mereka terus menjadikan LA sebagai rumah mereka dan anak-anak lelaki mereka, Brooklyn, Romeo dan Cruz bersekolah di sana.

Ketika di Amerika Syarikat, mereka telah dikurnia seorang anak perempuan, Harper.

David, 36, pernah berkata, dia tidak mahu berpindah kerana anak-anaknya gembira di LA. - Daily Mail

dari : http://www.hmetro.com.my

Tak buat Seks Dianggap Kejam-India



'JAW' sebenarnya clueless apabila membaca artikel mengenai ini...hahaha... 'JAW' rasa sebab itulah populasi di India semakin meningkat. Kita di Malaysia kena ikut begini rasanya haha.... (untuk yang sudah berkahwin sahaja) berikut perupakan petikan yang dianggap menarik :


“Keterangan suami mengatakan isteri tidak memberi tindak balas dan seperti tunggul kayu ketika melakukan hubungan seks, tidak dibantah.”  

untuk berita selanjutnya silalah baca di bawah ye :



NEW DELHI: Pasangan kelamin yang enggan melakukan hubungan seks, dianggap zalim oleh Mahkamah Tinggi di Delhi dalam satu kes rayuan untuk perceraian.
Mahkamah mengisytiharkan keengganan melakukan seks itu berasas setelah si suami berkata isterinya enggan tidur bersama di malam pengantin dan hanya membenarkan melakukan hubungan 10 hingga 15 kali, dalam masa lima bulan. 
Agensi Press Trust of India melaporkan hakim Kailash Gambhir ketika memberi keputusan berkata: “Keterangan suami mengatakan isteri tidak memberi tindak balas dan seperti tunggul kayu ketika melakukan hubungan seks, tidak dibantah.”

“Sudah terbukti tiada kemahuan melakukan hubungan seks tanpa sebab munasabah dan ini adalah kejam,” katanya.

Mahkamah Tinggi menolak rayuan wanita itu untuk tidak bercerai.

Pada 2001, mahkamah rendah membenarkan keputusan tidak bercerai. Pasangan itu berkahwin pada 1991.

“Hubungan seks adalah asas dalam perkahwinan dan perkahwinan tanpa hubungan seks adalah perkara dibenci,” katanya.

“Perkahwinan tanpa hubungan seks akan menjadikan ia hambar. Mungkin ada kes di mana seorang daripada pasangan terlalu ghairah dengan seks atau pasangannya tidak mempunyai tahap keghairahan yang sama, tetapi ia sangat penting.”

Keputusan dibuat setelah penggubal undang-undang menjelaskan lagi rangka undang-undang untuk memudahkan perceraian.

India masih mempraktikkan perkahwinan yang diatur keluarga dan perceraian jarang berlaku, tetapi kadar perceraian dilaporkan semakin meningkat di bandar besar sejak kebelakangan ini. - AFP


Mawi Dirompak ??


Mawi (world) dirompak?? kesal adalah 'JAW' dapat luahkan selepas membaca berita ini, maybe kalau perompak tu mendengar kembali lagu-lagu yang dinyayikan Mawi tentu perompak tersebut tak jadi nak merompakan??hehe maaf gurau sebentar. Rompakan yang berlaku menunjukkan perompak tak mengenal sesiapa. Dan kita sebagai masyarakat harus berganding bahu untuk membasmi gejala kurang sihat ini.

untuk maklumat lanjut baca info di bawah :

KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.
Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.
Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000. 


dari : http://www.bharian.com.my

Pelajar IPT Hantar Batu Nesan Kepada KPT





'JAW' rasa sebagai pelajar IPT atau lebih sesuai dengan gelaran siswazah harus pandai menilai yang mana baik dan buruk. Bukan itu sahaja, tindakan mereka ini seharusnya memberi nilai baik kepada adik-adik dan masyarakat tapi bukannya berperangai tidak matang dan langsung tak mencerminkan keperibadian sebagai seorang siswazah.... Sikap yang agak kurang ajar ini seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua...


Info selanjutnya lihat di bawah :

JOHOR BAHRU: Perbuatan sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menghantar batu nesan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menuntut pilihan raya kampus diadakan dengan segera, disifatkan sebagai tindakan tidak matang dan hanya mencari publisiti murahan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai individu yang berpelajaran dan bergelar mahasiswa IPT, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang betul seperti sesi dialog dan perbincangan bagi menyuarakan sebarang pendapat atau cadangan yang ingin disampaikan kepada pihaknya.
“Pemberian batu nesan kepada KPT itu sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada pihak kementerian malah saya sendiri juga tidak mempunyai sebarang masalah mengenai perkara itu.
“Pada masa sama, saya terima baik perkara itu kerana beranggapan mereka (pelajar) masih belum matang, mungkin memang betul mereka tidak matang namun saya tidak boleh meletakkan diri saya dalam keadaan tidak matang seperti mereka juga,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai sekumpulan pelajar berhimpun di depan bangunan KPT di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum yang turut disertakan dengan batu nesan kepada beliau bagi menuntut pilihan raya kampus diadakan segera berikutan tempoh penggal majlis perwakilan mahasiswa (MPP) di beberapa IPT didakwa sudah berakhir sejak Februari lalu.

Memorandum itu diterima Setiausaha Politiknya, Mohamad Khairi A Malik tetapi beliau enggan menerima batu nesan itu yang disifatkan sebagai lambang kematian demokrasi pelajar.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas pelajar terbabit kerana ia tidak membabitkan isu atau perkara yang serius, selain hanya disertai oleh sebilangan kecil pelajar saja. 
Sementara dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menasihatkan pihak sekolah dan PIBG supaya memainkan peranan lebih aktif dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mampu menjana pertumbuhan modal insan bagi menjamin kemajuan dan pembangunan negara pada masa depan.

“Kecemerlangan di sekolah adalah asas tahap pencapaian kita semua namun begitu, kita juga perlu melihat semula kepada proses awal bagaimana kejayaan itu di raih.

“Kita perlu bersedia dan mempertahankan kecemerlangan yang ada kerana cabaran yang dihadapi sekarang tidak sama dengan apa yang kita hadapi dulu. Kini kita berdepan dengan era globalisasi yang menuntut kita bekerja lebih gigih supaya lebih ramai modal insan dapat dilahirkan,” katanya.


dari : http://www.bharian.com.my

Setelah Dibunuh Kejam, Kini Rumah Dirang Pula Diceroboh

LIMA MEDANG, menunjukkan siling rumah kosong yang dipercayai digunakan individu yang tidak dikenali untuk memecah masuk ke rumahnya melalui siling di flet Seri Delima Bandar Seri Alam, Johor Bahru. 




'JAW' agak terkejut selepas membaca berita ini di Berita Harian. Sedih diatas kematian Dirang yang belum reda kini keluarga Dirang dilanda kegusaran sekali lagi apabila rumah mereka dicerobohi oleh individu tak dikenali. Belum cukup dengan itu, keluarga Dirang turut dikejar oleh individu yang tidak dikenali hinggakan terpaksa cari perlindungan di Surau. Masyaallah... apa sebenarnya yang berlaku nih??? 'JAW' berharap kita sebagai masyarakat seharusnya membantu bukannya menambahkan beban seperti yang berlaku kepada keluarga Dirang ini.


baca info selanjutnya dibawah ini :

PASIR GUDANG: Belum reda dengan kesedihan kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, yang dibunuh dengan kejam, keluarga budak perempuan itu kini berada dalam keadaan ketakutan apabila rumah mereka di Flet Seri Delima, dekat sini, cuba dipecah masuk selain anggota keluarga berkenaan turut dikejar lelaki tidak dikenali.

Bapa saudara Dirang, Hakim Alan, 14, iaitu adik bongsu kepada Roselyn Alan, 25, sudah tiga kali dikejar lelaki tidak dikenali sejak minggu lalu sehingga memaksanya melarikan diri ke surau untuk berlindung.

dari : http://www.bharian.com.my

Contest Blog Paling Ohsem By Norfaiez Mars

Dapat invitation untuk join contest terbaru nih... So 'Journey Anak Watan' turut tak melepaskan peluang untuk join... First contest oooo...hehehe sapa-sapa nak join pun boleh...klik link di bawah ye...




Penggunaan Baucar Buku 1Malaysia Dilanjutkan

gambar dari : aizuddin.com


'Journey Anak Watan' ingin berkongsi berita baik kepada pemilik baucer yang masih belum menggunakan baucer anda... KPT dah melanjutkan penggunaan baucer ini sehingga 30 April depan. So kepada yang tengah rushing-rushing membeli-belah menghabiskan baucer boleh tenang sekejap... guna masa yang ada sewajarnya hehe

p/s: JAW(Journey Anak Watan) dh abis gunakan semua baucar..adeh kelam kelibut abiskan baucer ingat bulan nih tamat huhu

berita lanjut sila rujuk di bawah :

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melanjutkan tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BR1M) yang berakhir pada 31 Mac ini dilanjutkan kepada 30 April depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata lanjutan tempoh selama 30 hari diumumkan bagi memberi peluang kepada kira-kira 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi yang baru mendaftarkan diri menikmati kemudahan terbabit.
Susulan pengumuman itu, sebanyak 292 kedai buku yang menyertai program berkenaan dikehendaki menerima baucar buku itu.


dari : http://www.bharian.com.my

Bekas pelajar IPT dihukum penjara 21 tahun dan 11 sebatan



                                                                              gambar dari : adnansmile.blogspot.com 



Wau!! entry 'Journey Anak Watan' kali ini berasa kesal dengan tindakan bekas pelajar IPT ini. 
Dah lah bernama melayu lepas tuh buat pula hubungan seks luar tabii dengan budak lelaki.


'Journey Anak Watan' dengan ini menyokong tindakan Hakim Mahkamah Sesyen, Sitarun Nisa Abdul Aziz yang telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal. Biar dia rasa kena sebat macam gambar di atas huhu...kesian kepada budak-budak yang menjadi mangsa... 



untuk berita lanjut sila baca info di bawah :


GEORGETOWN: Seorang bekas pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dihukum penjara 21 tahun dan 11 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan melakukan seks luar tabii dengan dua budak lelaki di antara Oktober 2010 dan Mac 2011. 

Hakim Mahkamah Sesyen, Sitarun Nisa Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh Muhammad Mustakim Mohamad menukar pengakuan kepada mengaku bersalah ketika pendakwaan dilakukan terhadapnya.
Bagi tuduhan pertama, Muhammad Mustakim telah memaksa budak lelaki berusia 14 tahun supaya meletakkan zakarnya ke dalam mulut tertuduh pada 30 Mac 2010, jam 5.30 petang, tuduhan kedua, tertuduh memaksa budak lelaki itu melakukan perkara yang sama pada 7.15 petang, 13 Mac 2011.
Tuduhan ketiga pula tertuduh telah memaksa budak lelaki itu meletakkan zakarnya ke dalam dubur tertuduh pada 9.15 pagi 19 Mac, 2011, tuduhan keempat dan kelima tertuduh didakwa merangsang budak lelaki berusia sembilan tahun melakukan perbuatan tidak senonoh pada 11 malam 15 Oktober 2010 dan jam 3 petang pada 16 Mac 2011. 

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Gambir, Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini. - BERNAMA  


dari : http://www.bharian.com.my
Sunday, 25 March 2012

AKU DIMARAHI JIN



Sebenarnya 'Journey' kali ini ingin menceritakan kisah benar yang berlaku untuk dijadikan tauladan kita semua . (straight to the point) lah ye...ok sebenarnya kejadian berlaku semasa cuti mid sem lepas. Abertolak petang dari UITM Shah Alam dan sampai Penang dalam pkul 6 lebih. Sesampainya aku di rumah aku terus tertidur di ruang tamu, mungkin disebabkan penat memandu. Aku masih ingat, aku tak mengalami sebarang mimpi ngeri sepanjang aku tidur. Tapi semasa aku terjaga dari tidur aku dapati diri aku tak boleh gerak dan mata dah macam kena palam tak boleh buka. Aku teringat kembali kejadian yang sama berlaku seperti di UITM iaitu aku dihimpit jin tapi kali ini lebih erat dan aku mengalami kesukaran untuk bernafas. Dalam hati aku membaca perbagai jenis ayat al-Quran dan antaranya ialah surah 3 Qul, surah al-fatihah dan ayatul Kursi.Sebabnya mulut aku tak boleh langsung dibuka, seolah dikunci erat. lama jugak aku dalam keadaan (ditindih) tuh... Alhamdulillah aku boleh buka mata akhirnya, aku hanya boleh melihat sekeliling kerana badan masih lagi tak boleh bergerak. Masa aku tuh aku mendengar satu suara yang betul-betul dalam nada marah. Suara yang aku dengar memang betul-betul garau dan suara dia(jin) seolah bergema. Meremang bulu roma aku!! bahasa yang digunakan agak pelik sebabnya aku tak pernah dengar lagi bahasa yang seperti ini. Bahasa seakan-akan arab tapi macam bahasa orang-orang dulu...jin tuh cakap agak lama tapi yang peliknya aku hnya faham 1 ayat sahaja. Ayat jin tuh berbunyi seperti ini : Siapa kau?? aku hanya mampu mengelipkan mata sahaja kerana seluruh tubuh aku tak boleh bergerak seakan dikunci. Selepas jin tuh abis bercakap, selepas tuh barulah tubuh aku boleh bergerak. Selepas boleh bangun aku menarik nafas dan memikir kembali apa maksud disebalik jin tuh marah aku. Adakah aku ada membuat apa-apa yang mengganggu mereka sebelum ini atau semasa dalam perjalan pulang.

Apa yang aku tahu, Jin tidak mati dan bergenerasi dari zaman nabi adam sehinggalah sekarang. Dan mungkinkah bahasa yang digunakan adalah dari generasi jin dari zaman dahulu????Wallahualam.. aku berharap  mana-mana pembaca blog ini mampu membantu aku mentafsir apa niat sebenar jin ini...
Wednesday, 21 March 2012

Gotong-royong (BOSS) UITM Shah Alam (PART 4)

hai...berjumpa lagi kita di "Journey Anak Watan" .. post kali ni adalah sambungan dari GOTONG-ROYONG PART 1 , GOTONG-ROYONG PART 2 dan GOTONG ROYONG PART 3   jagan malu dan segan...bolehlah klik link yang diberikan untuk melihat gambar-gambar sepanjang aktiviti gotong-royong berlangsung.... :)























keadaan bilik band selepas serangan anai-anai dan lipas ditumpaskan...hehe




BBM !! bukan blackberry messenger tp BERSIH,BERKILAT  dan MOLEK!! hehe


ehem....next drum major !! :)




hehe















walau letih TETAP AKTIF hehehehe

Masalah Syria semakin MERUNCING !!!





"Journey Anak Watan" cukup sedih bila membaca berita yang dipaparkan oleh Berita Harian, isu di Syria semakin meruncing dan rakyat semakin menderita dengan kematian yang semakin meningkat :


BOGOR: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon berkata semalam situasi di Syria menjadi semakin tidak boleh diterima dan menggesa Majlis Keselamatan bersatu dalam isu itu. 
“Situasi di Syria semakin tidak boleh diterima dan ditanggung lagi,” kata Ban ketika memberi ucapan kepada pengaman negara bertugas untuk PBB.

Ulasannya sebelum satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB semalam bagi membincangkan satu draf kenyataan menggesa “langkah selanjutnya” jika Presiden Bashar al-Assad tidak melaksanakan rancangan damai oleh wakil Liga Arab-PBB diketuai Kofi Annan. 
Draf kenyataan Barat ke atas Syria diserahkan kepada majlis itu kelmarin oleh Perancis, mensasarkan sokongan kukuh terhadap usaha Annan menghentikan pembunuhan selama 12 bulan. 
Dokumen yang diundi semalam, adalah kenyataan presiden yang lebih lembut berbanding satu resolusi namun diambil menerusi keputusan sebulat suara dan rundingan lebih cepat. – AFP 



Walaupun hampir setahun mereka berdemo, namun semangat mereka masih utuh walaupun dikelilingi mayat para syuhada(syahid) ... sama-samalah kita berdoa dan berusaha membantu mereka.
Tuesday, 20 March 2012

Kisah Seram Dihimpit Jin, Uitm Shah Alam

kredit kepada izzawa.wordpress.com untuk gambar


"Journey Anak Watan" kali ini ingin menyambung mengenai kisah seram yang dihadapi penulis seperti yang dijanjikan di post yang sebelum ini iaitu Kisah Seram Di UITM Shah Alam .. So bagi yang belum baca post yang lepas, jangan malu dan segan boleh lah kli link yang diberikan ye!! :)...
Ok, seperti sedia maklum, makhluk ini jarang sekali memunculkan dirinya (sesuka hati) untuk dipertontonkan kepada umat manusia..kecuali atas izin Allah... So "always bare in mind" supaya kita sentiasa berwaspada dan jangan sesekali tersimpang dari ajaran agama... 
Ok untuk kisah kali ini aku ingin menceritakan mengenai " Di himpit Jin"...kejadian seumpa ini telah berlaku sebanyak 2 kali sepanjang aku tinggal di kolej Perindu...Tetapi sebenarnya aku dah alami kejadian ini berkali-kali sebelum ini tetapi untuk post kali ini aku nak cuba 'highlight' mengenai kejadian di UITM. Berbalik semula kepada kisah dihimpit jin di kolej nih... kedua-dua kejadian telah berlaku pada malam hari cuma waktu sahaja yang membezakan kedua kejaian ini...aku pasti setiap orang mungkin pernah mengalaminya kan??? 

KEJADIAN PERTAMA
Pada kejadian pertama, pada hari tuh aku rasa betul-betul letih mungkin disebab kan jadual kelas yang padat dan latihan lawn bowls yang dilakukan pada sebelah petang. So apa yang aku dengar dari pengalaman orang-orang terdahulu kita perlu membersihkan kawasan tidur sebagai isyarat bahawa kita hendak tidur dan tindakan kita ini akan menggerakkan/bangunkan mana-mana makhluk(jin) yang tumpang tidur di situ. Aku juga mendengar perkara yang sama dari ustaz supaya membaca bacaan tertentu termasuk doa sebelum tidur untuk memelihara kita dari sebarang anasir semasa tidur.

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Aku ada mendengar syarahan diamana ada seorang ustaz nih berkata, "orang yang kena himpit semasa tidur adalah kerana dia telah membangkitkan kemarahan jin yang telah tumpang tidur disitu". Dan dihimpit jin adalah merupakan sintom-sintom diganggu jin dan perkara ini perlukan rawatan untuk mencegahnya..

Ok kembali kita kepada cerita, hehe...kejadian kalau tak silap selepas isyak.. tapi nak dijadikan cerita, pada hari tu sebelum tidur aku lihat katil aku kemas tersusun dan tanpa berfikir panjang ak terus tidur (terlupa baca doa)....keletihan dasyat...hehe...membuatkan aku mudah terlelap. So semasa dalam tidur aku bermimpi yang bukan-bukan(ngeri) membuatkan aku terus terjaga, TETAPI!!! aku tak mampu untuk membuka mata dan menggerakkan badan. Semasa dalam keadaan tersebut aku mampu mendengar perbualan rakan-rakan di bilik. Aku menjerit minta tolong sekuat hati tapi (suara tak keluar pulak) huhu... So aku pun mula membaca surah al-fatihah, surah an-nas dan ayatul kursi, berkali-kali aku ulang baru aku boleh bukakan mata.... tetapi badan masih tak boleh gerak...(nasib baik jin tuh x menjelma depan muka kalau tak pensan ak) huhuhu.... Aku cuba menggunakan sepenuh kudrat tenaga untuk bergerak sambil dalam hati sentiasa membaca surah al-fatihah....Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya merungkai ikatan tersebut... semasa aku bangun, memang satu badan berketar dan berpeluh....letih aku dibuatnya...nasib baik malam tuh aku tak dihimpit kali ke-2...kalau tak naya aku....huhu

KEJADIAN KEDUA
Tiba pula masa aku menceritakan tentang kali ke-2 aku dihimpit jin...tapi kali nih lebih ngeri dan hard core jugaklah.... kali nih masa kejadian adalah pada jam 4.30 pagi sebab aku baru ja siapkan assignment pada jam 4.27 pagi dan aku tidur kejap dalam jam 4.28 pagi...wah!! kali nih semua rakan bilik dah tidur nyenyak dan aku masa tuh bercadang untuk tidur sekejap. Seingat aku, aku baru sahaja baring dan terlelap sekejap sangat. Sewaktu aku nak buka mata... haaa!!! waktu tu lah kisah ini bermula. Memang susah untuk buka mata, badan pun dah tak boleh gerak walaupun seinci... kali nih aku memang dalam masalah yang besar. Aku cuba kaedah yang sama iaitu dengan membaca surah-surah yang aku nyatakan di atas...Namun seakan "jin" ini tak mau mengalah... berpeluh dah macam air terjun...mencurah-curah ja...huhu .... haaa yang peliknya masa aku tengah bergelut tuh dalam hati nih TIBA-TIBA... membaca surah yassin.... ehh....memng pelik sebab aku tak pernah menghafal surah yassin sebelum nih....mungkin atas pertolongan Allah.. bila mula ja baca yassin aku rasa lagi erat tubuh aku dihimpit sampai satu tahap aku dah macam susah nak bernafas... dalam hati ini hanya kepada Allah sahaja aku berserah... Dengan takdir Allah sampai sahaja ayat ke sepuluh surah yassin aku berjaya membuka mata terus boleh bangun...mungkin kerana khasiat ayat 1-10 ini yang mengisahkan mengenai (kenabian Muhammad)...
(untuk pengetahuan aku telah menyemak bacaan aku "surah yassin" pada keesokkan hari) memang x salah/lari dari bacaan sebenar.

Kali ni aku berjaya melihat kelibat makhluk "jin" tersebut semasa aku bangun. Semasa aku buka mata aku terlihat ada kelibat hitam besar pada dinding bilik yang (terbang) lari dari katil terus hilang dari pandangan lepas melintasi katil kawan aku disebelah. Lagi ngeri apabila sepanjang makhluk tersebut lari aku terdengar bunyi (tik tik tik) disepanjang besi katil mengikuti makhluk tersebut.... Ngeri aku dibuatnya...huhuhu.... mungkin bunyi tersebut hasil dari perlagaan tubuh makhluk tersebut tuh dengan besi katil.... sebenarnya begitu banyak rahsia Allah yang belum terungkai terutama mengenai makhluk bernama "jin" ini...bagaimana contraction makhluk tersebut boleh menghasilkan bunyi sedangkan makhluk tersebut boleh melalui/melepasi besi????.. Aku terus bangun dan cuba mengerakkan rakan aku yang sedang tidur... takut juga benda yang sama berlaku pada dia... Alhamdullillah... tak terjadi apa-apa.... tapi aku tak menceritakan pula kisah nih pada rakan aku tuh takut dia ak boleh tidur pulak huhu....

Daripada kejadian yang berlaku nih...aku berlajar sesuatu iaitu untuk sama-sama menghormati antara makhluk...mungkin makhluk tuh singgah untuk tumpang tidur..aku pula dengan kurang sopan mengganggu dia pula... untuk mengelakkan benda yang sama berulang aku telah mengamalkan surah-surah 3 Qul dan mengamalkan ambil air sembahyang sebelum tido...tak lupa aku juga turut mendengar ayat-ayat ruqyah semasa hendak tidur....alhamdullillah aku tak mengalami dah kejadian pelik semasa tidur huhu....



NANTIKAN KISAH YANG BERIKUTNYA - AKU DIMARAHI/ DIHERDIK "JIN" PADA POST YANG BERIKUTNYA 
Monday, 19 March 2012

Malam Kecemerlangan FSR, UITM Shah Alam




Assalamualaikum dan salam bahagia, salam 1 Malaysia. Untuk post kali ini " Journey Anak Watan " ingin menguar-uarkan kepada semua pelajar Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi UITM Shah Alam untuk ramai-ramai hadirkan diri di Majlis Kecemerlangan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi. Tema yang ditetapkan ialah "ALA DESA" atau " ALA-ALA KAMPUNG" ..... pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda semua...disamping suasana yang damai seperti di desa!!.....mari kita cuba semaikan kembali perasan dengan suasana di desa....."pasti anda akan merindui kampung halaman" hehe

p/s : dah terasa rindu kt rumah lah plak....huhu

Gotong-royong (BOSS) UITM Shah Alam (PART 3)

Post ini juga adalah sambungan dari post yang lepas iaitu Gotong-royong BOSS (PART 1) dan Gotong-royong BOSS (PART 2) silalah klik bagi yang belum baca/lihat post yang lepas ye..... (jangan malu dan segan)




BOSS main kuda kepang jugak ek?? rare nih..hehe







huh!! lagi rare!!! harta karun zaman Hang Tuah hehe





banyak jugak khazanah "rare" dalam bilik band nih yee...hermmm.. :)







































































NANTIKAN SAMBUNGAN DI POST YANG BERIKUTNYA YE !! :)