Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Tuesday 12 March 2013

Tahniah ! UiTM Julang Piala Sumbangsih Liga IPT 2013


Pemain UiTM meraikan kejayaan pasukan menjulang Piala Sumbangsih IPT 2013
Pemain UiTM meraikan kejayaan pasukan menjulang Piala Sumbangsih IPT 2013

Tahniah kepada semua pemain terutama kepada rakan kelas Lutfi, Amir dan Jefri. Harap lepas nih korang boleh harumkan nama UiTM seterusnya turut mengharumkan nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
Kegagalan pemain UKM, Fairus Zaini menyempurnakan sepakan penalti membawa UiTM menang 5-4 dalam penentuan sepakan penalti tersebut sekaligus menjulang gelaran juara Piala Sumbangsing Liga IPT 2013 di Stadium UKM, semalam.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan untuk memberi 1 mata buat kedua-dua pasukan ini dalam kempen Liga IPT Divisyen 1.
UiTM; juara Divisyen 1 tahun lalu membuka jaringan pada minit ke-10 selepas Ibarhim Suhaib berjaya mengambil kesempatan menyumbat gol untuk pasukannya berpunca dari kegagalan UKM mengeluarkan bola dari kawasan permainan mereka.
Gol penyamaan tuan rumah yang beraksi atas kapasiti juara Piala Menteri Pengajian Tinggi pula hadir pada minit ke-50 menerusi tandukan Muhamad Nazri yang menewaskan penjaga gol UiTM, Hanif Saied. Gol tersebut jelas menaikkan semangat UKM dengan pasukan tuan rumah terus menguasai sebahagian besar permainan pada babak kedua sehingga hampir menambah jaringan menerusi beberapa peluang yang terhidang.
Antara aksi yang ditunjukkan pemain-pemain UKM dan UiTM semalam.
Antara aksi yang ditunjukkan pemain-pemain UKM dan UiTM semalam.

Kedudukan 1-1 ini seterusnya membawa ke penentuan sepakan penalti dengan akhirnya UiTM berjaya menyempurnakan kesemua lima sepakan berbanding UKM yang hanya berjaya melunaskan 4 sahaja selepas Hanif berjaya menyelamatkan sepakan dari Fairus.
Jurulatih UKM, Sulaiman Husin tetap berbangga dengan aksi anakbuahnya walaupun tewas pada penentuan sepakan penalti.
“Perlawanan agak seimbang. UiTM menguasai babak pertama namun kami bangkit beraksi cemerlang pada babak kedua.
“Apa yang penting bagi saya ialah 1 mata pada malam ini. Piala Sumbangsih hanyalah bonus namun saya tetap mengucapkan tahniah kepada UiTM atas kejayaan mereka malam ini (semalam)” kata Sulaiman mensasarkan kedudukan yang lebih baik pada saingan Liga IPT musim ini selepas menduduki tempat 3 pada 2011 dan 2012.
Bagi ketua pasukan UiTM, Amirikhwan Taj Tajudin, dia mengakui kemenangan pasukannya ini sedikit sebanyak telah dibantu dengan elemen tuah.
“Secara peribadi, saya selaku ketua pasukan agak kurang berpuas hati dengan permainan pasukan. Namun alhamdulillah, kita tetap berjaya menjuarai Piala Sumbangsih ini dan akan cuba meningkatkan lagi mutu permainan pada perlawanan-perlawanan akan datang” katanya.
Ketenangan menyempurnakan penalti bawa kemenangan untuk pasukan UiTM
Ketenangan menyempurnakan penalti bawa kemenangan untuk pasukan UiTM

Sementara itu, pengurus UiYM Yazli Yahya berkata, kejayaan ini pasti akan menyemarakkan lagi semangat para pemainnya dalam mempertahankan kejuaraan liga yang dimenangi musim lalu.
“Saya yakin kita mampu mempertahankan kejuaraan walaupun hampir keseluruhan pemain musim ini adalah muka baru.
“Kita akan jadikan pasukan Liga IPT ini sebagai ‘feeder team’ untuk pasukan utama yang beraksi di Liga Perdana” tambah Yazli.
Dua produk Liga IPT, Amiridzwan Taj dan K.Reuben turut hadir memberikan sokongan buat pasukan masing-masing.
Dua produk Liga IPT, Amiridzwan Taj dan K.Reuben turut hadir memberikan sokongan buat pasukan masing-masing.

Perlawanan ini juga turut disaksikan dua pemain ATM dan kebangsaan, Amiridzwan Taj Tajudin (bekas pemain UiTM) dan K.Reuben (bekas pemain UKM) yang pernah beraksi dalam saingan Liga IPT.
Saingan Piala Sumbangsih ini juga turut menandakan tirai kejuaraan Liga IPT telah pun bermula dengan kesemua perlawanan pusingan pertama divisyen 1,2,3 dan divisyen Borneo akan memulakan sepak mula pada 16 Mac ini

0 comments:

Post a Comment