Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Tuesday 12 March 2013

Keputusan STPM diumum Isnin depan

Untuk semua 51,673 orang calon STPM , semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang. Walau apa pon keputusannya nanti, anda semua dah buat yang terbaikkan, jadi jangan sedih bagi yang gagal, usaha lagi. Kepada calon STPM SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, warga journey mengucapkan tahniah dan selamat menempuh alam universiti selepas ini bagi yang layak. :)

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) semalam, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT <jarak> No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 12 tengah hari pada hari sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor. Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 calon sekolah kerajaan, 1,112 sekolah swasta, 2,795 persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment