Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Tuesday, 12 March 2013

Pengganas sulu hina agama?


Putrajaya: Pemakaian tangkal yang mempunyai ayat al-Quran oleh pengganas Sulu dianggap satu kepercayaan yang terkeluar daripada landasan agama dan seolah-olah menidakkan kekuasaan Allah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata, golongan ulama sudah menegaskan penggunaan tangkal adalah karut dan tidak ada kena mengena dengan kepercayaan yang membolehkan seseorang itu kebal, menundukkan atau melemahkan orang lain.

“Saya percaya orang ramai mungkin sudah memahami kepercayaan kepada tangkal ini, tambah lagi bila dibuat dengan cara tidak betul, sewaktu saya di Lahad Datu baru-baru ini saya lihat ada tangkal yang dituliskan ‘Bismillahirahmanirahim’ dengan cara terbalik, begitu juga dengan surah al-Ikhlas.
“Lebih menyedihkan, ia diletakkan di kawasan yang mencemarkan tulisan itu, dengan kalimah Allah diikat di paha, kaki, celah kangkang dan tempat yang tidak sewajarnya. Mungkin itu cara ilmu (dipercayai) boleh mujarab, namun natijahnya jelas mereka yang pakai tangkal mati juga sebab bukan tangkal yang menjadikan mereka kebal, hanya kekuasaan Allah menentukan nasib dan qada’ serta qadar seseorang,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Hal Ehwal Keagamaan Kazakhtan Khairat Lama Sharif di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai penggunaan tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal dan dapat mengalahkan pasukan keselamatan.

0 comments:

Post a Comment