Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Monday, 1 October 2012

tablet DiGi RM15 sebulan




DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) memperkenalkan tawaran baru pelan tablet mampu milik daripada serendah RM15 sebulan untuk pelanggan pascabayar mulai hari ini.
Syarikat telekomunikasi itu berkata, kuota Internet yang ditawarkan adalah antara 500 megabait (MB) sehingga dua gigabait (GB), membolehkan pelanggan mengawal perbelanjaan data mereka dengan lebih fleksibel.

“Pakej baru bagi pelanggan pascabayar sedia ada DiGi termasuk RM15 untuk 500MB, RM19 bagi 1GB, RM29 untuk 1.5GB dan RM39 untuk 2GB, sementara langganan baru akan menikmati pakej serupa, bagaimanapun dengan tambahan RM10 untuk setiap pakej,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
DiGi, pembekal perkhidmatan telefon mudah alih, Internet dan jalur lebar, komited untuk mendorong pertumbuhan Malaysia dengan membina persekitaran Internet mudah alih serta jalur lebar yang mengupayakan hubungan sebenar, mencipta pembangunan sosioekonomi dan membantu perniagaan membangun.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02

0 comments:

Post a Comment