Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Monday, 1 October 2012

7 mayat dicincang




NUEVO LARDO (Mexico): Polis semalam menemui tujuh mayat dengan tubuh mereka dicincang dan dibuang dalam kereta di utara negara ini, dekat sempadan Amerika Syarikat.
Polis di Nuevo Laredo menerima maklumat melaporkan beberapa mayat ditemui dalam dua kereta yang ditinggalkan di sebuah pusat beli-belah, kata pendakwa raya negara dalam satu kenyataan. Satu sumber di pejabat pendakwa raya berkata, mayat berkenaan adalah enam lelaki berusia antara 30 hingga 35 tahun dan seorang lagi dengan jantina dan umurnya belum dapat disahkan.

Pada 14 September lalu, 16 mayat ditemui berselerakan di dua lokasi di Nuevo Laredo. Insiden menggerunkan itu berlaku ekoran penahanan ketua kartel dadah Teluk, Eduardo Costilla, atau “El Coss,” di Tampico, Tamaulipas pada 12 September lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02

0 comments:

Post a Comment