Maut diseksa ala ‘Resident Evil’
LONDON: Tiga individu yang menjadikan seorang lelaki sebagai bahan penyeksaan tanpa peri kemanusiaan sebagaimana siri permainan video Resident Evil hingga mangsa menemui ajal, dipenjarakan seumur hidup.
Derek Blake, 44, ditemui mati dalam tab mandi dipenuhi air di flet kediamannya di Great Yarmouth, Norfolk, pada 24 Mei lalu.
Ahli patalogi dalam sidang di Mahkamah Agung Norwich memberitahu, mangsa mengalami 104 kecederaan dan
Seorang daripada pembunuhnya kemudian membandingkan serangan itu seperti siri permainan video, Resident Evil yang turut mememberi inspirasi kepada lima filem ngeri.
Serangan dilakukan terhadap mangsa termasuk, disiram air panas, dikelar dan dibakar seluruh tubuh serta diseksa dengan kayu snuker.
Huruf J turut diukir di sisi muka mangsa.
Ricky Roys, 20, Andrew Brown, 42, and Helen Cooke, 19, dari St Nicholas, Great Yarmouth mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu.
Hakim Peter Jacobs menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada ketiga-tiga tertuduh.
“Pembunuhan ini membabitkan tindakan tanpa peri kemanusiaan. Kesan kecederaan ke atas mangsa emmbuktikan kamu memang bertujuan mahu membunuhnya,” katanya.
Pendakwa raya Graham Parkins mendakwa Blake masih hidup ketika dicampak ke dalam tab mandi walaupun mengalami pelbagai kecederaan.
“Blake adalah mangsa penyeksaan dalam tempoh yang panjang.
Keputusan bedah siasat menunjukkan dia menjadi bahan kekejaman sadis,” katanya.
Blake berkenalan dengan ketiga-tiga pembunuh itu di sebuah asrama di Norwich dan mereka menjadi teman minum arak. - Agensi
info dari : http://www.hmetro.com.my
0 comments:
Post a Comment