Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Saturday, 29 September 2012

Kisah ku - Kemahiran Insaniah



hari ini 29 september 2012, telah diwajibkan untuk badge penulis untuk mengikuti satu program wajib untuk setiap pelajar UiTM yang diberi nama Kemahiran Insaniah. Program seperti ini sebenarnya amat baik untuk pelajar, kerana dapat membentuk jati diri pelajar ke arah yang lebih baik. Aktiviti yang paling best mestilah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), ceramah tuh biasalah kekadang mengantuk jugak. Tapi dah diwajibkan, so enjoy jelah...hehe

Hari ini, merupakan lanjutan dari modul sebelumnya, dan modul kali ini lebih mementingkan 'Ke Arah Pembentukan Insan Kamil'. perhhhh!! tajuk pon dah gempak, so dengan semangat waja penulis gagahi juga untuk mengikuti aktiviti (KI) nih....biasalah liat nak bangun untuk pergi program nih memng dah sebati dalam jiwa haha...tapi atas dorongan iaitu perkataan 'WAJIB' penulis berjaya sampai di fakulti. Haha...bukan tak ikhlas, tapi awal-awal kurang semangat sikit. Bila dah lama skit, dah tak nak balik pulak sebab dah rasa bersemangat nak join program (KI) nih. Hari ini pulak dapat facilitator yang sporting dan enjoy. Memang lagi   bersemangat lah untuk join (LDK) hehe....kiranya bagus jugak lah aktiviti seperti ini, sekurang-kurangnya dapat jugak pelajar untuk bersosial dengan rakan0rakan baru yang sama fakulti. Lebih baik dari termenung dekat facebook ja 24 jam. Bengkak mata ja yang dapat. hehe. Program seperti ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk bercakap, so yang mana masih malu-malu nak bercakap bolehlah menonjolkan bakat anda di program seperti ini hehehe....aktiviti hari ini boleh dikatakan semuanya bagus-bagus belaka, sebab melibatkan keseluruhan pelajar. So penulis bagi gred 5 bintang untuk program hari ini. Dapat juga penulis isi masa yang terluang dengan program yang berfaedah hehehe...

0 comments:

Post a Comment