gambar ketika di taman buaya melaka. dah rotate tapi still problem, sengetkan kepala sikit ok..hehe
Malam tuh masa agak cemburu, so hanya sempat makan dan tonton wayang bersama sahaja. Genre yang dipilih cerita seram, tapi perhhhh!!! memang tak seram haha, lawak adalah. Tapi malam tuh aku kurang fokus sebenarnya, sebabnya fokus aku hanya pada si 'dia'. hehe. Banyak perkara menarik yang berlaku, dari A sampai Z haha, tapi atas dasar keselamatan yang maha bahaya, tak usahlah dirungkai lebih, hehe. Memang malam tuh agak gilang-gemilang, jauh gemilang dari lagu jalur gemilang, hehe. Tetapi sepanjang bersama si 'dia' jiwa agak tidak keruan, dan rindu yang bertakuk lama dapat dilepaskan pada malam tuh. memang terbaik!!!
pada besok harinya, aku dah bersiap awal untuk bergerak ke Port Dickson bersama si 'dia'. Pagi aku disambut dengan senyuman Umi dan si 'dia'. Selepas mendapat restu umi, kami bergerak ke PD. Pengalaman aku bersama si 'dia' memang pengalaman paling bahagia buat kami berdua. OK!! dipendekkan cerita perjalanan ke PD sebenarnya tak lama, tapi disebabkan saja nk bersama lebih lama, aku pandu perlahan saja, dengan harapan akan lebih lama masa untuk kami berdua. hehe. Alah terbocor jugak rahsia nih. huhu. sory!! hehe.
Sesampai di PD, kami terus bergerak ke kolej U**** untuk menghantar barang si 'dia'. Bila dah settle, kami terus bergerak ke Melaka, untuk bercuti bersama. Perjalan berjalan lancar, tak laju sngat dan tak perlahan sangat. Walau sesat, akhirnya kami sampai jugak. Sebenarnya banyak tempat yang hendak dituju, tapi disebabkan kekangan masa, hanya beberapa tempat sahaja yang dapat dilawati. Tak perlulah diceritakan ye. hehe.
Kisah kami berdua diakhiri dengan bersantai di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Banyak cerita yang dikongsi bersama sambil ditemani cahaya senja matahari. keadaan memang agak romantik!! hehe. perasaan bersama si 'dia' tak dapat digambarkan, indahnya lebih dari embun pagi, hehe. Aku harap dapat lagi menemani si 'dia' dan bersamanya sentiasa.
Si 'dia' yang dimaksudkan adalah kekasih hati ku yang bernama Wan Najmah. Dialah penyeri hati ini. Jika dahulu hidupku kurang sempurna, tapi kali ini dengan kehadirannya membuatkan hidup aku kali ini lebih bermakna. Akan aku jaga dia dengan sebaik mungkin. Sebagai mana Adam menjaga Hawa. hehe. Gambar tak dapat dikongsikan atas sebab keselamatan . hehe. So korang jangan nak kenal lebih ok!!! hehe. melawak ja. nak berkawan boleh tapi jangan lebih-lebih ok!! hehe.
0 comments:
Post a Comment