Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Sunday 30 September 2012

Banduan buat persembahan Gangnam Style



MANILA: Banduan Filipina yang terkenal kerana menari mengikut rentak lagu popular oleh Michael Jackson, kini menambahkan satu lagi himpunan tarian mereka dengan membuat persembahan tarian popular Korea, Gangnam Style.
Video yang dimuat naik oleh pihak berkuasa penjara di tengah bandar Cebu di YouTube, menunjukkan kira-kira 1,000 banduan yang mengenakan seragam banduan warna oren, menarikan tarian “tunggang kuda” yang dipopularkan oleh
penyanyi rap Korea Selatan, Psy.

Penari utama di tengah memakai baju hitam dan berlagak seperti penyanyi, yang pernah muncul di majlis anugerah MTV di Los Angeles dan beberapa rancangan bual bicara AS, menjadikan lagu ini antara 10 lagu popular di carta AS.

Banduan itu menari di kawasan lapang yang disediakan untuk pelawat di Pusat Tahanan dan Pemulihan Wilayah Cebu di dalam hujan dan klip video sepanjang empat minit itu dimuat naik kelmarin.

Rangkaian televisyen GMA berkata, lebih 1,000 pelawat menonton persembahan tarian itu, iaitu persembahan pertama yang dibuat untuk pelawat sejak Februari lalu setelah pihak berkuasa menghentikan persembahan mereka disebabkan keganasan yang berlaku di penjara itu.

Banduan di penjara itu menjadi terkenal di Internet sejak 2007, apabila pihak berkuasa penjara memuat naik klip video mereka ketika melakukan persembahan tarian zombie dari lagu popular Michael Jackson, Thriller yang menerima 42 juta pengunjung di YouTube. - Manila Times
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01

0 comments:

Post a Comment