Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Sunday, 30 September 2012

Petir Masuk Rumah




DUNGUN: “Panahan kilat itu menyambar begitu kuat sehingga membakar rumah jiran,” kata Tengku Hasmita Tengku Ismail, 38, menceritakan kejadian panahan petir sehingga rumah jirannya hangus dalam kebakaran di Kampung Paya, Balai Besar, kelmarin.
Menurutnya, ketika kejadian dia duduk di atas sebuah sofa bermain dengan anak saudaranya yang berusia dua tahun

Banduan buat persembahan Gangnam Style



MANILA: Banduan Filipina yang terkenal kerana menari mengikut rentak lagu popular oleh Michael Jackson, kini menambahkan satu lagi himpunan tarian mereka dengan membuat persembahan tarian popular Korea, Gangnam Style.
Video yang dimuat naik oleh pihak berkuasa penjara di tengah bandar Cebu di YouTube, menunjukkan kira-kira 1,000 banduan yang mengenakan seragam banduan warna oren, menarikan tarian “tunggang kuda” yang dipopularkan oleh

Tangan bionik




LONDON: Seorang bapa menjadi rakyat pertama di Britain yang mempunyai tangan bionik, di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).
Mike Swainger, 33, gembira kerana diberi peluang untuk mencuba teknologi hebat selepas menawarkan diri untuk menjadi bahan eksperimen untuk syarikat yang membuatnya. 
Mike, yang kehilangan bahagian bawah tangan kanan dan kakinya ketika dilanggar oleh kereta api ketika usianya 13 tahun berkata, “Ia menukar hidup saya.” 
Saturday, 29 September 2012

Maut ditetak


KLANG: “Biasanya setiap hari adik menghubungi saya, namun hari ini (semalam) dia tidak berbuat demikian, menyebabkan saya berasa hairan.
“Namun pagi tadi (semalam) saya terkejut sebaik menerima panggilan daripada anak mangsa mengatakan mangsa ditemui mati di bilik utama rumahnya,” kata S Karuppanan, 67, abang kepada S Doraisamy, 58, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di rumahnya di Taman Telok Gadung, di sini, semalam.

Karuppanan berkata, biasanya mangsa berbual dengannya tetapi sehari sebelum kejadian, mangsa tidak berbuat demikian, malah cubaannya untuk menghubungi mangsa juga gagal.
Menurutnya, dua hari sebelum kejadian, mangsa menghubunginya dan tidak menyangka itu perbualan mereka yang terakhir sebelum ditemui mati.

Beribu paku dalam badan




BANTUL (Indonesia): Seorang penduduk, Supiati, 25, di daerah Harjomulyo, Ogan Komering Ulu, selatan Sumatera, mengalami penyakit misteri.
Terdapat beribu-ribu paku di dalam tubuhnya menyebabkan dia kesakitan dan sukar untuk bergerak. 
“Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.

Walaupun telah dibawa ke hospital dua kali oleh bapanya, doktor hanya menemui bukti paku di dalam tubuhnya selepas pemeriksaan kedua.

Pengarah Hospital Besar Nur Hidayah, Arrus Ferry berkata, Supiati akan menjalani pembedahan selepas imbasan X-ray kedua mengesan paku di dalam tubuhnya.

Seorang jururawat, Evariyanti, mengaku dia dan beberapa jururawat lain mengeluarkan 56 paku dari tapak kaki Supiati.

“Setakat ini, lebih daripada 2,000 paku telah dikeluarkan dan saya rasa sedikit sihat,” kata Supiati dan tambahnya dia merasa resah kerana penyakitnya ini kini tersebar luas di kampung Dlinggo di mana bapanya mempunyai rumah di situ. - Jakarta Post
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29

Penerbit filem Innocence of Muslims ditahan




LOS ANGELES: Hakim Persekutuan semalam mengarahkan lelaki California yang bertanggungjawab menghasilkan filem menghina Islam ditahan kerana dianggap berisiko tinggi melarikan diri.
Ketua Hakim Daerah Sentral, Suzanne Segal, berkata Nakoula Basseley Nakoula wajar ditahan selepas pihak berkuasa mendapati dia melanggar perintah pengawasan ekoran sabitan kes penipuan pada 2010.

Kisah ku - Kemahiran Insaniah



hari ini 29 september 2012, telah diwajibkan untuk badge penulis untuk mengikuti satu program wajib untuk setiap pelajar UiTM yang diberi nama Kemahiran Insaniah. Program seperti ini sebenarnya amat baik untuk pelajar, kerana dapat membentuk jati diri pelajar ke arah yang lebih baik. Aktiviti yang paling best mestilah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), ceramah tuh biasalah kekadang mengantuk jugak. Tapi dah diwajibkan, so enjoy jelah...hehe

Hari ini, merupakan lanjutan dari modul sebelumnya, dan modul kali ini lebih mementingkan 'Ke Arah
Monday, 10 September 2012

Kisah Klang ke Melaka

gambar ketika di taman buaya melaka. dah rotate tapi still problem, sengetkan kepala sikit ok..hehe


Memang agak menarik perjalanan kali ini, yang sememangnya telah dinanti. Kalau nak ditanyakan perasaan, memanglah jawapannya ibarat bulan jatuh ke riba. hehe. Perjalanan yang agak jauh dari Penang ke Shah Alam agak penat, tapi penat kali ini langsung hilang apabila perjalanan kali ini sememangnya dinanti oleh pihak keluarga si 'dia' . Selepas sampai di Shah Alam, terus punggah semua barang-barang check in di Perindu dan tanpa buang masa terus bergerak ke Klang untuk terus menemui keluaga 'dia'. Memang kali ini dah sebulat hati yang agak 'dare' ini untuk menemui bakal keluarga mentua. haha. Alhamdulillah, keluarga si 'dia' dapat menerima ku seadanya, walau hati ni dah bergegar kencang! haha. Thanks ye umi!! hehe. 

Malam tuh masa agak cemburu, so hanya sempat makan dan tonton wayang bersama sahaja. Genre yang dipilih cerita seram, tapi perhhhh!!! memang tak seram haha, lawak adalah. Tapi malam tuh aku kurang fokus sebenarnya, sebabnya fokus aku hanya pada si 'dia'. hehe. Banyak perkara menarik yang berlaku, dari A sampai Z haha, tapi atas dasar keselamatan yang maha bahaya, tak usahlah dirungkai lebih, hehe. Memang
Saturday, 1 September 2012

4 kisah lucu



kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, 
dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya 
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, 
gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya 
membaca," kata lelaki itu dengan riang. 


kisah 2
Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, 
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi 

7 lawak kering gusi



sekali sekali hidup kena ceria..hehe meh baca !! :)

Lawak 1 

Suami : Kenapa Sayang menangis? 
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. 
Suami :: Buku apa? 
Isteri : Buku bank abanglah.. 

Lawak 2 

Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki 
kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon. 
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu? 
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat. 

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak 
melintas lalu si ibu membunyikan hon. 
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke? 

Lawak Kayu LOL !!


Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata. 
Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. 
Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu. 
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu

suami isteri bertukar jantina




Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.