Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Saturday, 30 June 2012

Gelagat Pelajar Final

sekadar gambar hiasan...


al-kisah berlaku pada petang tadi 30/6/2012 sekitar kawasan IPTA. Pagi hari itu penulis bersama rakan ditugaskan untuk mengambil video rakaman dari iLQAM UiTM Shah Alam. Selepas beberapa jam, penulis dan rakan buat keputusan untuk singgah sebentar untuk menjamu selera. Haaa...kalau dilihat sekitar restaurant, kebanyakkan sibuk mengulangkaji pelajaran dan ada juga yang sibuk makan sampai 'tak kalih kiri dan kanan'. haha..fokus benor haaa dengan sajian.

emmm dah selesai makan, kitaorang buat keputusan untuk teruskan perjalan ke perpustakaan untuk belajarlah katakn....so nak dijadikan cerita, sesampai di satu simpang ada kereta Myvi nih bawak kereta kelam-kabut, waktu 'kona' kat simpang fuh punya baik makan jalan.....emmm macam dia sorang ja yang guna jalan raya kan...heemm biarlah...nasib baik sempat brek!!! kalau x...cium jugak bumper kereta dia...

dalam hati nih memang dah marah tahap 'cipan' yelah exam pun tak habis lagi, karang tak pasal-pasal masuk hospital gara-gara pemandu dah ala mabuk nih....Ok!! sambung cerita (tengah marah nih) emmm...marah punya pasal, press minyak untuk lihat siapa gerangan pemandu Myvi bertuah tuh kan...tengok-tengok...adus!!!!perempuan rupanya......tapi bawak.......(macam har*m!!) yang buat hari lagi geram, tengok kat tangan pemandu perempuan tadi penuh dengan paper (nota)..kalau nota dah penuh tangan macam mana nak kawal stering cik adik oooii!!!??...dalam hati ..sah!!! baca last minit....

agak-agaklah kalau nak baca pun...tapi bukan dalam kereta + sambil memandu pulak tuh... kalau dah membahayakan pengguna lain...kan bodo namanya tuh kan????emmm geram betullah....bukan nak salahkan sapa-sapa...tapi ingat lah orang lain sama ye...jangan fikir diri sendiri ja...

( INGATLAH ORANG TERSAYANG)

0 comments:

Post a Comment