Monday, 25 June 2012
DEBARAN FINAL
Wah dah lama rasa tidak post entry baru di blog. Nasib baik blog, kalau tak dah lama labah-labah buat sarang...hehe. Sebenarnya sejak akhir-akhir ini banyak program yang telah membataskan pergerakan untuk post entry baru di blog. Assignment yang bergunung dan tak ketinggalan test dan kuiz yang berkoyan, so tak berupayalah diri nih nak post...adeh!... tapi tak mengapa lepas final boleh lah mula aktif balikkan??hehe..
jadual pun dah keluar : 28/6, 1/7, 3/7, 5/7, 8/7, 13/7, 15/7 ... fuhh memang tarikh-tarikh keramat nih menakutkan tul adei....(rest kejap ja)....
OK...Berbalik kepada debaran final, dah tentu setiap orang ada debaran dan kerenah dia tersendiri apabila saat dan ketika seperti ini muncul dalam hidup btul tak?? ada dah yang mula study 24+24 jam marathon tanpa tidur haha...tidur beralaskan bekas pensel/laptop. Kalau nak kira tekanan, fuh jenuh nak kira!! haha...
tapi itu semua lumrah lah kan bagi status 'pelajar'. Semua bergantung kepada diri, sejauh mana usaha dan bagaimana cara kita usahakan. Teringat pulak pepatah dalam filem 'Karate Kid'. Menang atau kalah tak penting, kalau kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, dan setiap orang akan jatuh tapi kita berhak untuk memilih untuk terus jatuh atau memilih untuk bangun. Fuhh! panjang sungguh.. tapi ada sambungannya lagi, apabila rakan kita ingin bangun,kita harus berusaha membantu 'give support' bukan hanya berpeluk tubuh. betul tuh, dalam belajar nih kita kena sama-sama menbantu untuk sama-sama berjaya kan. herm...
hahaha...sebenarnya kalau dibaca dari mula, entry tak sama dengan tajuk debaran final kan??melalut jaa taip...haaa kalau nak tau...tulah tanda-tanda debaran final...huhuhu...dah..dah!!! jom study!!! hehehe
Author:
Ridzuan
Label:
SEMUA TENTANG UITM / AKTIVITI PELAJAR
0 comments:
Post a Comment