Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Monday 14 May 2012

Gempar Penemuan Budak Bermain di Taman Jam 1 Pagi


SHAH ALAM: Penduduk pangsapuri Nervillia, Seksyen 31, Kota Kemuning, di sini, gempar dengan penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 4 dan 5 tahun leka bermain berseorangan di pa dang permainan kira-kira jam 1 pagi, semalam.
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak lelaki terbabit masih menimbulkan tanda tanya kerana usaha penduduk mendapatkan maklumat dirinya menemui jalan buntu kerana dia hanya berdiam.

Beberapa pelanggan restoran berhampiran yang prihatin dengan nasib kanak-kanak terbabit kemudian berusaha mendapatkan maklumat keluarganya dengan menghebahkan kepada penduduk setempat, namun tidak berjaya.
Kanak-kanak berkenaan kemudian diserahkan kepada polis kira-kira jam 2.45 pagi selepas diberi makan dan minum.

Dia kini diberi perlindungan di Balai Polis Seksyen 15, di sini hingga pagi semalam sementara menunggu tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Umno cawangan Kota Kemuning, Datuk Rosli Mohd Amin yang juga bendahari Umno bahagian Kota Raja mengunjungi kanak-kanak itu di balai polis berkenaan untuk membantu mencari keluarganya, namun gagal.
Bagaimanapun, usaha itu juga gagal kerana kanak-kanak terbabit tidak menjawab sebarang pertanyaan sebaliknya tekun menonton televisyen di balai polis itu.

“Saya mohon orang ramai membantu polis mencari ahli keluarga kanak-kanak ini. Kami turut rasa bertanggungjawab kerana lokasi penemuan kanak-kanak itu tidak jauh dari pejabat cawangan kami,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Seksyen 15 di talian 03-55191022 atau balai polis berhampiran.


0 comments:

Post a Comment