Copyright © Journey Anak Watan
Design by Dzignine
Sunday 1 April 2012

Gila Bertindik???

gambar hiasan dari :orandableg.blogspot.com

'JAW'(Journey Anak Watan) ingin berkongsi mengenai prihal BERTINDIK nih... Pernah tahu tak limit untuk bertndik??sebab bertindik?? TAK SAKIT ka bila bertindik???? fuih....bagi JAW yang sememangnya takut dengan 'jarum' memang ngeri kalau lihat orang bertindik nih....macam gambar di atas.....hahahaha...mari kita baca info dibawah.....



Oleh Atiqa Juana
"Menindik bahagian badan seakan melarikan diri, mencari ketenangan dalam rasa sakit yang menyeimbangkan perasaan duka. Mungkin juga saya seorang yang gemar berdrama.”
Sejujurnya, jarum bukanlah teman baik saya. Tercucuk jarum menjahit pun sudah berair mata, apatah lagi suntikan kesihatan tahunan. Ibu saya sendiri sujud syukur tanpa henti, sehingga hari yang saya menambahkan lubang tidak perlu di telinga saya.
Rasa sakit berubah menjadi seronok. Ya, sememangnya buruk sangat bunyi ayat tersebut, namun setiap kali saya lakukan tindikan, terasa teruja dan inginkan lagi. Sampaikan suatu tahap, apabila saya lalui hari yang tidak berapa baik, saya akan terus lakukan tindikan. Dengan serta merta mood berubah menjadi baik, seperti seorang yang ketagih makan cokelat mendapat Cadbury. Buat masa ini, tiada sebarang penambahan tindikan, tetapi mungkin itu kerana takutkan risiko jangkitan.
Tindikan seperti suatu bentuk seni badan, ia amalan biasa untuk menindik telinga dan memakai anting-anting untuk mengubah gaya harian. Malah, terdapat pelbagai sebab mengapa manusia memilih untuk menindik kening, lidah, pusat, bahagian peribadi, dan lain-lain. Ada yang lakukannya untuk menyerlahkan personaliti diri dad ada pula untuk sebab peribadi, tertakluk kepada bahagian yang ditindik.


Budaya Tindikan
Zaman dahulu, orang akan beranggapan manusia yang bertindik adalah pemberontak dan remaja bermasalah. Hanya wanita dibenarkan bertindik, dan dikhususkan kepada bahagian telinga sahaja. Jika bertindik berlebihan pada anggota badan lain, anda tidak mungkin diterima ke dalam golongan masyarakat atasan.Tetapi daripada mengkhususkan tindikan kepada remaja bermasalah, tibalah budaya pop pada awal 2000, yang membuka peluang kepada bintang-bintang seperti Britney, Christina dan Shakira berserta tindikan di pusat mereka. Tidak lama kemudian, remaja wanita bergegas menindik pusat mereka.


Bagaimana hendak tahu jika terlalu banyak?
Sejujurnya, setelah sekali bertindik, pasti hendak lagi. Jauh di sudut hati, pasti terdapat keinginan untuk menambahkan lagi tindikan, mungkin tiga di telinga, kening dan bagi yang berdarah muda, di anggota badan yang tidak jelas kelihatan. Namun persoalan lain pula yang tiba- berapa banyak tindikan yang dianggap terlalu banyak?
Maka saya mengambil ikhtiar untuk bertanyakan pendapat beberapa orang teman saya mengenai tindikan.
Menurut Ammar, seorang tukang masak, “Tidak lebih daripada lima. Saya tidak kisah jika wanita bertindik, mungkin dua di telinga dan satu di hidung. Namun tindikan di kening agak keterlaluan bagi saya, dan nampak begitu menyakitkan. Tindikan di lidah dan bibir pula bukan sahaja menyakitkan, ia bahaya dan boleh merosakkan deria rasa, jika dijangkiti kuman.”
Pamela Chong, dari Amazing Race Asia, rasakan bahawa, “Lebih daripada empat tindikan dari leher ke atas, tanpa mengira telinga, sudah keterlaluan. Namun, jika anda miliki lebih banyak tindikan berbanding bahagian pada wajah anda, itu sudah berlebihan.”


Penjagaan Kesihatan – risiko jangkitan
Ini merupakan pengetahuan awam. Apabila memasukkan jarum ke kulit, jarum apa sekalipun, membawa risiko jangkitan. Oleh itu, apabila bertindik atau mendapatkan suntikan, orang yang bertanggungjawab mesti memastikan beliau menggunakan jarum steril. Tetapi itu sahaja tidak menjamin keselamatan anda. Kebersihan harus diutamakan, jika menindik lidah, pastikan berkumur dengan pembersih mulut.



Soalan paling penting: Untuk bertindik atau tidak?
Terpulang kepada diri sendiri. Malaysia mungkin tidak bersikap terbuka kepada tindikan kening, lesung pipit dan bibir (dan seberapa lain, namun saya hanya akan menyebut tindikan yang tidak mampu disorok). Pandangan konservatif ketepi, jika anda tidak sukakan tindikan anda, anda boleh keluarkan ia setelah beberapa minggu. Ya, ia akan meninggalkan lubang, namun lubang tersebut akan tertutup dengan cepat. Ia bukanlah sesuatu yang kekal abadi seperti tatu.
Sehingga minggu hadapan, saya akan terus fikirkan samada perlu atau tidak menambahkan beberapa tindikan lagi.


info dari : http://news.mylaunchpad.com.my




0 comments:

Post a Comment